“Turut menangis uwaaa” – Hanis Zalikha

Sedih rasanya tatkala min melihat Nora Danish memeluk erat anak lelakinya, Rayqal seolah-olah enggan melepaskan Rayqal dari dakapannya. Rayqal atau nama sebenar Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, mendapat tawaran untuk memasuki sebuah sekolah swasta berasrama penuh di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Bayangkan sahaja jika anak sulung anda yang tidak pernah berenggang dengan anda tiba-tiba mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di tempat yang agak jauh. Mungkin dalam sebulan, satu atau dua kali sahaja kita dapat berjumpa dengan mereka. Mestilah sedih kan. Rasanya belum bersedia lagi untuk berjauhan dengan anak tersayang.

Dari dalam kandungan hinggalah menginjak ke alam remaja, Nora sentiasa menjaga Rayqal dengan penuh kasih sayang bak kata pepatah melayu “bagai menatang minyak yang penuh”.

Nora walaupun sudah berumur 39 tahun pada tahun ini tetap kelihatan muda seperti baru berumur awal 20 tahun. Beliau yang popular menerusi siri komedi Puteri ini berkerjaya sebagai seorang pelakon, pengacara dan model dan pernah mendapat banyak anugerah semenjak dari tahun 2005 lagi.

Nora yang sedang menangis semasa sedang memeluk putera sulungnya itu turut mengundang sebak buat para followersnya. Sambil menangis, Nora sempat memesan anaknya agar anaknya tidak lupa untuk membuat panggilan telefon jika berkesempatan padanya.

Hati ibu yang manalah tidak luluh kan apabila ditinggalkan anak tersayang. Rayqal walaupun tidak menitikkan air mata dalam video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Nora tu tetap kelihatan sedih dan membiarkan sahaja ibunya memeluk erat serta mengusap manja rambutnya. Tabah hati Rayqal ni.

Menerusi video serta gambar perkongsian Nora ini, ramai yang turut terharu melihat Nora menangis ketika menghantar anaknya untuk bersekolah asrama penuh itu. Artis-artis Malaysia seperti Hanis Zalikha, Ning Baizura, Amyra Rosli, dan Scha turut meluahkan rasa sedih dengan video pendek perkongsian Nora yang berdurasi kurang daripada satu minit ini.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan Nora dan banyak juga warganet yang memuji serta memberi kata-kata semangat kepada Rayqal. Gambar serta video perkongsian Nora ini telah mendapat seramai 180,146 likes dan sebanyak 1,319 komen telah diberikan.

Walaupun baru 17 jam lepas video ini dikongsikan, namun telah berjaya mengumpul beratus ribu reaksi daripada para netizen dan rakan artis Nora.

Rayqal juga sudah mendapat vks1n cvd pada 3 September semalam sebelum beredar ke sekolah barunya. Nora juga sempat mengongsikan perasaan sedih beliau sebelum dia berpisah dengan anaknya itu.

“You are my strength, the reason what am I today, because of you sayang. I love you son.

“I’m going to miss you alot. I don’t know mommy can handle this, but I gotta be strong sayang. For you

“Please please call me when you have time,” ujar Nora menerusi perkongsiannya di Instagram.

Alaaa, sedih je baca pesanan Nora buat putera sulungnya ini. Harap Rayqal sentiasa menghubungi ibu yee. Mesti Nora tertunggu-tunggu panggilan daripada Rayqal setiap hari.

Hati seorang ibu ni, tak senang kalau tak dengar khabar anak walaupun baru sehari berpisah. Semoga Nora sentiasa kuat walaupun hidup berjauhan dengan Rayqal. Tak pe, handphone kan ada. Boleh je video call tiap-tiap malam kalau dah rindu.

Sumber: Instagram Nora

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!