“Kita kena maarah dgn orang yg masak ni, tak suka” – Lisdawati

Memasak ini sebenarnya adalah bakat terpendam. Namun memasak juga adalah satu bidang yang boleh dipelajari dan diterapkan dalam kehidupan kita. Kadang kala, dengan masakanlah kita boleh memenangi hati seseorang itu dengan kesedapan juadah yang kita sediakan. Bukan senang sebenarnya untuk memasak tetapi jika kita punyai minat yang mendalam, kita dapat buat segala jenis masakan dengan hasil yang memuaskan.

Seperti kita kenali pelakon terkenal tempatan kita, Zarina Zainudin yang sungguh berkaliber dalam industri seni. Lakonan hebat beliau tidak kira watak apa pasti akan membuat penonton menghayati watak yang dibawa beliau.

Walaupun beliau sibuk berlakon namun beliau juga punyai bakat yang terpendam iaitu memasak. Beliau juga membuat pendapatan sampingan iaitu menjual set nasi pulut kuning dan mendapat galakan yang amat memuaskan dari rakan artis dan juga pengikut di sosial medianya.

Termasuklah rakan artis beliau iaitu Lisdawati yang mengakui bahawa set pulut kuning Zarina sememangnya sedap dalam satu video kongsian Zarina baru-baru ini.

Dalam video tersebut, terlihat Lisdawati bersama pinggan yang licin mengatakan bahawa beliau mar4h kerana beliau sudah berhabis duit untuk diet semua tetapi kerana pulut kuning dan rendang Zarina terlalu sedap membuat beliau tidak dapat mengelak dari menikmati juadah tersebut. Wah nampaknya terserlah kelazatan pulut kuning dan rendang Zarina.

Netizen sangat terhibur melihat gelagat Lisdawati yang seperti mahu mar4h tetapi sebenarnya beliau memuji makanan yang disediakan oleh Zarina. Dan ada juga yang sempat memuji lakonan Lisdawati masih terbaik.

Jika sudah berbakat dalam memasak pasti makanan itu akan sedap hasilnya. Zarina Zainuddin bukan sahaja membuat 1 jenis set pulut kuning malah terdapat 4 jenis set yang beliau sediakan iaitu set rendang ayam, rendang daging, sambal bilis petai dan rendang kerang.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!