“Risau tgk pmpuan tu naik motor, mau tersepit kain baju tu” – Netizen

Bukan mudah untuk berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Namun berkat sikap Dato Aliff yang sentiasa merendah diri dan sangat menghormati ibu serta arwh ayahnya, Dato Aliff mampu mengecapi kejayaan seperti hari ini.  Nama Dato Aliff Syukri tidak lagi perlu diperkenalkan di Malaysia kerana rata-ratanya rakyat Malaysia sudahpun mengenali beliau sebagai seorang usahawan kosmetik dan Abang Terlajak Laris.

Sejak menjadi penaja sebuah program hiburan popular tidak lama dahulu, nama beliau cukup dikenali dengan slogan Terlajak Laris yang merupakan slogan syarikat beliau Dherbs ketika itu. Selain daripada membuat pengiklanan di televisyen, media sosial merupakan platform utama untuk usahawan berkenaan mempromosikan produknya.

Dato Aliff bukan sahaja terkenal kerana terlibat dalam bidang perniagaan namun beliau juga pernah berlakon di dalam filem Badang membawa watak utama dan juga mengeluarkan beberapa lagu seperti Bobo Dimana, Abang Nak Tegur, Coba Bahagia, Biar Apa Orang Kata dan yang terbaru di hasilkan sekitar bulan syawal yang lalu iaitu lagu Lalala Raya.

Terkini menerusi Instagram, Dato Alif Syukri telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan lakonan beliau merakamkan iklan untuk mempromosikan tudung terbaru keluaran syarikat beliau.

Menerusi video yang dipaparkan terselit mesej tersirat yang cuba di sampaikan iaitu pasangan yang sanggup melalui susah senang bersama agar jangan di sia- siakan.

https://www.instagram.com/tv/CS1ke4jJvrn/?utm_medium=copy_link

Walaubagaimanapun di sebabkan Dato Aliff menggunakan pelakon wanita di dalam iklan berkenaan, netizen memberikan beberapa kritik4n dan berkata mereka lebih suka sekiranya Datin Shahida sendiri yang berlakon di samping Dato Alif Syukri.

Baju yang di pakai oleh pelakon wanita tersebut juga kelihatan agak labuh dan tidak sesuai semasa babak beliau menaiki motor yang ditunggang oleh Dato Aliff.

Menjengah keruangan komen, video promosi berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada antara mereka yang tidak bersetuju dan ada yang memberikan pelbagai cadangan lain untuk Dato Aliff memperbaiki lagi jalan cerita dan iklan tersebut. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen terhadap perkongsian Dato Aliff itu.

“Meluat… klu tersepit lagi bagus…. dulu buat video mesti sama dgn Datin… ini dgn org lain plk… tergedik2… malas dh nk beli tudung lg kt sini.. dulu sy selalu beli…” – Netizen

“klau perasan, tudung perempuan tu kt blkang sebelah singkat sebelah labuh. tp mase dato pegang tgn n pluk tu, dua2 belah labuh. nmpk nau gaya datin time pluk n pegang tgn tu huhu” – Netizen

“saya x cari kesalahan dato saya suka tgok drama pendek dato ni. sy cuma x suka org kecam dato kata yang dato pegang perempuan lain. hakikatnya dato pandai jaga batas “ – Netizen

Sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 524,015 tontonan dan menerima sehingga 1275 komen dripada para netizen yang ada antaranya mengkriitik kerana babak antara Dato Aliff dan pelakon wanita jemputan itu.

Namun ada juga yang memuji video ringkas lakonan Dato Aliff Syukri itu. Walau apa juga yang di perkatakan oleh netizen, rasanya Dato Aliff sendiri tahu untuk menjaga batas beliau.

Sumber : aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!