“Sayunya hati bila mengenangkan baby Ayash xpernah dpt peluukan ibu”- Netizen

3 hari yang lalu, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu telahpun mendedahkan wajah anak bongsu beliau iaitu Ayash Affan. Anak bongsunya itu akan menjalani pemeriksaan di hspital selepas 39 hari di lahirkan. Ramai peminat yang selama ini menunggu perkembangan anak bongsu kepada Shuib dan arwh Siti Sarah itu dan tidak sabar untuk menatap wajah si kecil berkenaan akhirnya berpuas hati apabila dapat melihat sendiri wajah Ayash Affan.

Umum mengetahuibahawa Bayi Ayash Affan merupakan “hadiah” terakhir yang di tinggalkan oleh arwh Siti Sarah kepada suaminya Shuib setelah bertarung nyaawa selama beberapa hari di Unit Rawatan Rapi (1CU).

Bayi berkenaan di keluarkan secara pembdahan semasa arwh di tidurkan selepas keadaan oksigen yang tidak stabil kerana di jangkiti cvd.

Perkongsian video yang berdurasi beberapa minit di mana memaparkan wajah Ayash Affan sedang nyenyak tidur di dalam katil bayi itu menjadi sebak apabila di penghujung video tersebut turut diselitkan foto Shuib bersama Arwh isterinya iaitu Siti Sarah di Kota Suci Mekah.

Pelawak berkenaan meluahkan rasa bersyukur kerana ramai yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anaknya itu. Kongsi Shuib lagi, tarikh yang dipilih beliau untuk mendedahkan wajah Ayash sebenarnya adalah tarikh yang sepatutnya menjadi tarikh kelahiran anak bongsunya itu.

Menjengah ke Instagram inaijari yang dipercayai milik salah seorang peminat kepada pasangan Shuib dan arwh Siti Sarah, Instagram berkenaan berkongsikan satu video yang memaparkan Ayash sedang minum susu.

Ramai peminat berkata bahawa wajah Ayash sangat mirip dengan wajah abangnya Matin dan saling tak tumpah seperti wajah bapanya Shuib. Peminat juga kagum dengan ketabahan hati Shuib dalam membesarkan anak-anak tanpa kehadiran isteri di sisi.

https://www.instagram.com/p/CUh3euHvxbZ/?utm_medium=share_sheet

Terdahulu, Shuib pernah berkongsi anaknya Ayash sihat dan berat juga sudah bertambah sehingga 2.6 kilogram kerana kuat menyusu.

Memuji wajah anaknya yang cukup comel, kata- kata luahan Shuib itu menjadi bertambah sebak apabila beliau merasakan “hadiah” terakhir arwh isterinya itu cukup istimewa kerana Shuib berkata wajah Ayash Affan saling tidak tumpah seperti dirinya.

Menjengah keruangan komen, ramai yang tidak mampu menahan diri daripada merasa sebak malahan menitiskan air mata mengenangkan keadaan Ayash Affan yang di lahirkan tanpa berkesempatan untuk mengenali arwh ibunya dan tidak dapat merasai kasih sayang seorang ibu.

Namun siapalah kita untuk menolak takdir yang telah di tetapkan untuk kita. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

“Sayunya hati bila mengenangkan baby Ayash x pernah dpt peluukan ibu. Tp…jgn bimbang baby Ayash pernah setia temankan ibu hampir 8 bln di alam rahim. Kuat ye baby Ayash sbb baby Ayash ada daddy yg sgt baik hati.” – Netizen

Sebagai rekod, perkongsian di Instagram arwh Siti Sarah yang kini di gunakan untuk berkongsikan suka duka, gelak tawa anak- anak arwh sedikit sebanyak mengubati kerinduan para peminat terhadap arwh Siti Sarah.

Semoga dengan kehadiran Ayash Affan di Instagram ibunya itu selepas ini dapat menceriakan dan memeriahkan lagi hantaran terbaru di Instagram berkenaan.

Sumber : Instagram inaijari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!