“Baby terkejut tu naik bot” – Netizen

Pernah tak ibu-ibu diluar sana yang pernah merasa pengalaman detik-detik nak bersalin seperti yang pelakon tanah air terkemuka Elly Mazlein kongsikan baru beberapa jam yang lalu? Mesti pernah kan. Apalagi buat ibu-ibu yang baru pertama kali nak bersalin, yang masih fresh dan tiada pengalaman lagi dalam hal ini. Mesti kecoh seisi rumah dibuatnya. Kesian melihat pada sang suami yang jalan ke hulu ke hilir tidak menentu kerana kebingungan.

Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan panggilan manja Kak Lina pom pom sekarang tengah sarat mengandung anak yang kedua hasil perkongsian hidup bersama dengan suami keduanya iaitu Azlan.

Anak pertama Kak Lina pula adalah cahaya mata dengan bekas suaminya yang terdahulu. Selepas dah bertahun-tahun hidup menjanda, syukur apabila kak lina bertemu dengan suaminya sekarang yang mana merupakan pilihan hatinya. Pada bulan April tahun ni, kak lina telah mengejutkan para peminatnya dengan berita kehamilannya yang kedua kali.

Mesti Kak Lina kelam kabut dan panik malam tadi kan. Menurut Kak Lina pom pom, secara tiba-tiba je perutnya mengeras seperti rasa dah tiba masanya nak bersalin. Siapa je yang tak panik jika tarikh sepatutnya nak bersalin tu lama lagi tetapi saakit perut tu dah tak boleh nak tahan macam nak keluar dah baby masa tu.

Mesti je Kak Lina bersama suami kelam kabut dibuatnya. Makin-makin lagi ni baby kedua Kak Lina setelah 5 tahun tak bersalin. Nasib baiklah Kak Lina masih ingat prosedur nak bersalin ni kan. Dahlah Kak Lina ni berada di tempat yang jauh, mungkin baby tu terkejut kot dengan keadaan persekitaran di sana.

Tak teringin rasanya min nak dicucuk dengan j4rum panjang seperti yang terdapat dalam gambar Kak Lina ni. Tapi yang tak boleh blah tu apabila Kak Lina bagitahu yang dia anggap semalam tu sebagai rehearsal Kak Lina ni bersalin.

Amboii, mentang-mentang selalu buat rehearsal nak terima anugerah, bersalin pun nak kena rehearsal ya Kak Lina pom pom? Kehkehkeh. Pandai benar Kak Lina ni berlawak ye masa-masa dilanda contraction ni.

Gambar perkongsian Kak Lina ni telah memperoleh sebanyak 71,591 likes dan 724 komen. Nampaknya ramai netizen yang terhibur dengan rehearsal Kak Lina di hspital ni ye, hehehe.

Rata-rata netizen termasuk selebriti terkenal Umie Aida mengambil kesempatan untuk melayangkan doa agar Kak Lina dan babynya ni sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan agar semua urusan Kak Lina dipermudahkan oleh-Nya.

Namun ada juga yang sempat bergurau kerana terhibur dengan caption Kak Lina ni. Kata netizen tersebut, baby Kak Lina ni sebenarnya terkejut ketika menaiki bot. Sebab tu lah berlaku contr4ctions.

Kak Lina ni walaupun agak kelam kabut pada permulaanya, namun setelah dktor dan nurse memberi sntikan untuk mengurangkan rasa s4kit contr4ctionnya, ujar Lina dia berasa semakin baik.

Sempat juga aktress jelitawan ni mengongsikan makanan yang disediakan oleh hspital Andorra ni. Kak Lina nampaknya cukup berpuas hati bukan sahaja pada makanan yang disajikan tetapi juga dengan layanan yang diberikan oleh staf-staf di hspital ni.

Kak Lina sempat memberi rating A dalam semua aspek bagi hspital ni. Nah, bagi para ibu diluar sana yang sedang mencari hspital untuk melahirkan si kecil, mungkin anda juga boleh mencuba hspital Andorra ni.

Semoga Kak Lina dan baby Haider sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan jangan nakal-nakal tau dalam perut ibu tu Haider. Kesian ibu nak kena buat full dress rehearsal lagi. Hehehe..

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!