“Turun beli jajan sendiri je”- Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. Penyanyi yang telah sekian lama menjadi idola rakyat Malaysia itu sehingga kini masih lagi aktif menyanyi. Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat. Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan. Tokti mempunyai pelbagai rangkaian produk kecantikan di bawah jenama Simplysiti. Di samping produk kecantikan, Tokti juga mempunyai label pakaian dan juga tudung.

Tokti yang telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006 itu mengikuti jejak langkah suaminya berniaga. Perkahwinan pasangan tersebut sehingga kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 3 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia hampir 7 bulan.

Ramai juga yang berkata bahawa semakin membesar, wajah Aafiyah sudah hampir seiras dengan wajah ibunya ketika zaman muda. Malahan hal tersebut juga turut di akui sendiri oleh Tokti apabila pernah berkongsi satu video beliau secara berseloroh memanggil anaknya itu “Hai Siti Nurhaliza kecik” sekaligus mengakui bahawa wajah anaknya itu seiras benar dengan wajah dirinya sendiri.

Walaupun memperoleh Aafiyah di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat Aafiyah. Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat Aafiyah.

Sebagai seorang selebriti, Tokti juga mempunyai akaun media sosial beliau sendiri untuk berkomunikasi dengan para peminat.

Malahan Tokti sangat aktif di media sosial berkongsi segala aktiviti seni, perniagaan dan juga aktiviti seharian beliau bersama keluarga serta anak- anak. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 8.4 juta orang para pengikut.

Perkongsian terkini di Instagram Tokti memaparkan penyanyi kesayangan ramai itu menghadiri majlis perkahwinan kakaknya iaitu Siti Saida. Memakai baju kurung moden berwarna merah jambu, beliau dan suami telah berhenti rehat di sebuah stesen minyak.

Menerusi video ringkas, Tokti berkata suaminya itu menjemput beliau pulang dengan menaiki kenderaan Ford Rangers di mana untuk menaiki kenderaan berkenaan Tokti perlu memanjatnya walaupun berbaju kurung.

Tokti juga berkongsi bahawa suaminya itu juga ada mengajak beliau memanjat bukit dan masuk selut. Ternyata berbaju kurung tidak menghalang Tokti untuk melakukan aktiviti lasak. Apa juga cabaran boleh di atasi beliau. Bagaimanapun apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah apabila Tokti sanggup turun membeli beberapa barangan runcit di stesen minyak berkenaan sendirian tanpa memerluukan pengawal peribadi untuk menemaninya.

Sikap Tokti yang sangat merendah diri itu menerima pujian oleh para peminat dan juga warganet di ruangan komen. Warganet juga berkata, mengenali Tokti yang agak lasak orangnya pasti memanjat kenderaan seperti itu dengan berbaju kurung tidak menjadi masalah buatnya. Berikut dikongsikan komen- komen peminat.

“Lemah lembut,sopan,ayu,baik hati..segala2nya ada pada siti nurhaliza..syang sgt tok ti..smpai bila2.. bertahan smpai sekrng syang sya pda tok ti,anugerah terindah Allah bagi dlm hati sya. love sgt jaga dia ya Allah” – Netizen

“Beli apa tu tokti… Hehe… Taajam je mata ak tgk dlm plastik tu.. Sbb ak perempuan… So tgk plastik kale2 mcm tu.. Mcm ku kenal ja kale plastik tu…hahhahahaha” – Netizen

Boleh di katakan Tokti adalah antara selebriti yang berpangkat Datuk Seri yang paling merendah diri. Walaupun mempunyai pangkat dan juga pengaaruh yang besar namun keperibadian diri beliau yang bersikap tidak pernah mendongak ke langit serta masih mengamalkan kehidupan seperti belum bergelar selebriti amat di kagumi para peminat beliau. Bertuah betul Datuk Khalid dapat isteri yang sangat merendah diri dan baik hati macam Tokti ni.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!