“Sy kerja tp my girl nak sy spend time dgn dia” – Harith Iskandar

Kehadiran seorang ayah itu sering dinantikan oleh anak-anak mereka. Kehadiran seorang ayah itu sebenarnya lebih penting kerana anak-anak ini akan lebih mengikuti jejak ayah mereka. Namun, mahu buat macam mana, tugas seorang ayah adalah mencari nafkah dan harus fokus dalam mencari rezeki demi keluarganya. Anak-anak hanya boleh mendapat rasai kasih sayang ayah mereka apabila ayah mereka cuti sahaja.

Kita sudah kenali pelawak selebriti, Harith Iskander yang sudah mempunyai 3 orang cahaya mata bersama pasangannya Dr.  Jezamine Lim.

Kami juga sedia tahu Harith Iskander seorang ayah yang serba sempoi dan senang bersama anak-anak dan isterinya.

Beliau tidak melayani anak-anak beliau seperti kanak-kanak malah beliau layani seperti rakan sebaya membuatkan anak-anaknya sangat selesa bersama beliau.

Setiap anak-anak beliau mempunyai sifat dan kehendak yang berlainan. Baru-baru ini, Harith berkongsi sebuah video dimana satu-satu anak perempuannya meminta Harith untuk menghabiskan masa bersama dengannya.

Di dalam kapsyen Harith itu, momen seperti inilah yang mengingatkan beliau betapa indahnya menjadi seorang ayah dan hargai momen tersebut. “Saya cuba habiskan kerja saya secepat mungkin dan akan kembali padanya dan menc1umnya”. Beliau juga sempat berkata bahawa Zydane iaitu anak bongsunya sedang berada di “dunia”nya sendiri.

Dilihat dalam video tersebut, terserlah bagaimana rapatnya Harith dengan anak-anak beliau. Namun, Harith perlu meneruskan kerjanya dahulu kerana kerjanya agak penting untuk menampung keperluan keluarganya kelak.

Netizen sangat terhibur dengan gelagat anak-anak Harith Iskander terutamanya Zydane. Ada juga yang memuji sangat menyukai melihat hubungan bapak-anak yang ada diantara Harith dan anaknya.

Ayah-ayah diluar sana perlulah mencontohi sifat Harith terhadap anak-anaknya dimana beliau menyayangi anak itu sehingga anak-anaknya tidak berasa kekok dengan kehadirannya. Ianya penting kerana kita mahu anak-anak kita tidak berjauhan dengan kita dan mahu kita berada bersama mereka.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!