“Kacak pun malu tgk mak dia joget, kacak segan” – Netizen

Anak-anak kita akan semakin lama semakin matang dan dewasa. Mereka sudah boleh menilai dan mempertikai akan perkara baik dan buruk. Sebab itu sebagai ibu bapa kita perlulah menunjukkan contoh yang elok dan baik supaya anak-anak dapat mempelajari perkara yang baik sahaja dari kita. Memang bukan senang dalam mendidik anak-anak tetapi apa pun terjadi kita harus mendidik sebaik mungkin supaya ia boleh menjadi saham akhirat kita kelak.

Kita sudah mengenali usahawan wanita terkenal iaitu Dato’ Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato Seri Vida yang selalu dilihat sentiasa menyokong apa segala yang anak-anak beliau minati dan lakukan.

Menjadi seorang usahawan sekaligus memikul tanggungjawab seorang ibu untuk mendidik anak-anak dengan baik bukanlah tugas yang mudah untuk Dato Seri Vida. Anak-anak pula semakin meningkat dewasa pasti akan membuatkan cabaran mendidik anak-anak itu lagi sukar.

Namun kita sering melihat anak-anak Dato’ Seri Vida kelihatan lebih matang dari usia mereka. Cik B bukan sahaja cuba menampilkan diri dalam industri hiburan untuk menyanyi malah juga cuba menceburi bidang lakonan. Anak lelaki Dato’ Seri Vida yang dikenali sebagai Kacak lebih pendiam namun masih punyai pemikiran yang agak matang.

Memandangkan sudah lama terkurung dirumah pada tempoh kawalan pergerakan tempoh hari, Dato’ Seri Vida mengajak anak lelakinya, Kacak bermalam di sebuah hotel mewah di tengah bandar Kuala Lumpur.

Dilihat di dalam video tersebut, Dato’ Seri Vida mengatakan bahawa beliau telah menempah sebuah bilik hotel berharga rm50k untuk satu malam.

Menurut Dato Seri Vida beliau ke Kuala Lumpur atas urusan kerja sambil membawa Kacak berjalan-jalan di bandar. Di dalam video tersebut juga terlihat Kacak merasa segan apabila ibunya itu menari-nari di kawasan awam.

Netizen juga tertarik perhatian melihat gelagat Kacak yang agak segan ibunya menari di dalam video tersebut. Ada juga netizen yang mencemburuii melihat Dato’ Seri Vida menghabiskan wangnya dengan senang sekali untuk satu bilik satu malam.

Anak-anak ini sentiasa memerhati setiap pergerakan ibu bapa mereka. Semakin mereka membesar, semakin mereka tahu dan fahami untuk menilai apa yang buruk apa yang baik.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!