“Ingat lagi, Dato Syafinaz gelar Alif mat kangkang” – Netizen

Setiap orang pasti akan melalui perubahan dalam diri masing-masing dalam dunia ini. Zaman muda kita akan menjadi memori sama ada memori terindah atau memori yang tak ingin kita ingat kembali. Perubahan ini juga bukan sahaja dari segi rupa fizikal malah juga sifat kita akan terkesan mengikut situasi dan keadaan sekeliling kita.

Siapa tidak mengenali lagi artis penyanyi dan pelakon lelaki tempatan kita, Alif Satar. Beliau mulakan karier beliau sejak dari tahun 2006 lagi.

Ramai pasti tidak tahu bahawa Alif Satar sudah mula berkecimpung dalam industri seni sejak umur beliau 14 tahun lagi ketika beliau mencuba untuk kali pertama berlakon untuk produksi West End London dalam teater muzikal Peter Pan The Lost Boys.

Membangunkan dirinya dalam industri seni ini bukanlah senang. Beliau sangat bertuah kerana mempunyai tulang belakang dan penyokong hebat iaitu isterinya Sha Dila Halid yang juga bekas pengurusnya.

Apabila cakap tentang Alif Satar, pasti kita akan ingat tentang kemasukan beliau dalam rancangan realiti tv iaitu One in a Million(OaiM) pada tahun 2006.

Di dalam kongsian instagram Alif Satar, tervideo dimana beliau jumpa di laman sosial media Tiktok dimana peminatnya membuat memori video mengenainya ketika beliau memasuki rancangan tv OiaM tersebut.

Di dalam video tersebut, dilihat selepas Alif menyanyikan sebuah lagu untuk para juri dimana antara para juri tersebut adalah Dato’ Syafinaz, Alif mendapat respon yang agak hambar dari Dato’ Syafinaz sendiri dimana Dato’ mengatakan nyanyiannya ‘okay’ sahaja.

Netizen agak teruja dengan perubahan Alif yang dahulu dengan Alif yang sekarang. Selain itu, ada juga penonton rancangan tv OiaM tersebut memberi komen dengan berkata mereka teringat komen kelakar dari juri Dato’ Syafinaz mengatakan Alif adalah mat kangk4ng ketika itu.

Kritikan adalab satu perkara biasa yang akan dihadapi oleh setiap orang yang ingin menceburi industri seni di negara ini. Dari kritikan demi kritikan lah yang akan membangunkan seseorang dan menjadikan mereka antara orang-orang yang disegani dalam industri seni tanah air.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!