“Saya kini telah bertemu jodoh dgn sahabat baik arwh Johan sjk dri kecil lagi” – Nora Ariffin

Sudah ada ura-ura bakal mendirikan rumahtangga sejak Mei lalu, malah dijawab sendiri oleh tuan punya badan bahawa dirinya sudahpun dilamar, Datuk Nora Ariffin, 48, hari ini meleraikan tanda tanya bila kah majlis akad nikahnya berlangsung. Barang  kali mengambil berkat hari Jumaat yang penuh barakah ini, Nora memaklumkan bahawa kini telah bertemu jodoh.

“Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.” Itu antara coretannya di IG beliau. Ya Rushdi Ramli… tapi bukan Rusdi Ramli aktor yang juga anak kepada pelakon veteren, Norlia Ghani tu ya.

Lelaki berjaya menarik hati Nora untuk sekali lagi mendirikan rumah tangga buat kali kedua ini merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, berusia 55 tahun. Rupanya menurut Nora, beliau merupakan rakan baik arwh suaminya, Johan Nawawi.

Tanpa berkongsi rakaman foto pernikahannya, sebaliknya hanya meletakkan gambar seakan kek dengan replika kubah masjid, pada coretan sama dipostingnya, menurut Nora beliau meminta maaf kerana sejak awal tidak berniat menghebahkan pernikahannya.

Baginya cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja, selain berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan terlalu peribadi untuk dirinya berkongsikan tentangnya. Apatah lagi untuk bermegah-megah selain mencari publisiti, antara katanya.

Begitupun, wanita lemah-lembut dan memiliki kejelitaan tersendiri ini mengharapkan doa daripada peminat dan insan yang mengenali dirinya agar dipermudahkan segala urusan serta diberkati di dunia dan akhirat. Jom kita aaminnkan ya…

Biarpun tidak mengulas lanjut tentang bilakah majlisnya berlangsung, dalam pada itu, beberapa orang akademik, ramai rakan artis dan peminatnya yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian kepada Nora. Tak kurang yang bersetuju bahawa gosip dan cakap-cakap tentang penyanyi itu kini telah terjawab.

Memetik laporan sebuah media tempatan, Nora mengakui, sifat prihatin suami membuatkan pintu hatinya terbuka menerima lamaran daripadanya. Dr Rushdi dikatakannya insan pertama melamar, membantunya dan anak-anak pada saat berdepan tekanan serta tidak punya apa-apa.

Kata pelantun popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema ini juga, beliau tidak pernah mencarinya dan suami juga tidak mencari dirinya. Tetapi, Allah menemukan mereka. ‘Suami juga sayangkan arwh Johan dan Alif (arwh anak). Moga jodoh kami diberkati, antara katanya.

Terdahulu, Nora pernah dikaitkan dengan dakwaan sudah berkahwin seorang ahli plitik namun ia dinafikan. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat anak. Arwh Johan mngal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat sraangan jntung.

Sumber : Ig Datuk Nora Ariffin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!