“Happy birthday Uncle yeh”, gelagat Jebat Jayden wish bday Pu Riz tarik perhatian netizen

Tanggal 2 Mei merupakan tarikh ulang tahun kelahiran PU Riz atau nama sebenar beliau Haris Ismail. Suami kepada pengacara dan usahawan terkenal Neelofa ini hari ini telahpun genap berusia 26 tahun. Baru sahaja sebulan lebih bergelar suami kepada Neelofa, namun nama beliau semakin dikenali ramai kerana sering mendapat undangan untuk memberikan ceramah agama.

Bersempena hari ulang tahun kelahiran suami, menerusi Instagram Neelofa telah memuatnaik ucapan istimewa buat suaminya itu. Antara doa beliau adalah agar suaminya itu sentiasa di dalam rahmat Allah dan berharap kasih sayang yang disemai antara mereka berdua seperti mana Nabi Muhammad dan Khadijah.

PU Riz yang memberikan maklum balas terhadap ucapan isterinya itu mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan doa yang istimewa tersebut.

PU Riz juga turut mendoakan agar kehidupan isterinya itu diberkati dan turut meluahkan rasa sayang kepada isterinya.

Turut sama membuat ucapan sempena hari kelahiran PU Riz ialah si cilik Jebat Jayden. Menerusi perkongsian di Instagram peminat Neelofa, sebuah video telah dikongsikan di mana Jebat sedang menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada pak ciknya PU Riz.

PU Riz juga dilihat sedang memeluk dan melayani gelagat Jebat Jayden di permulaan video.

Video asal yang telah di muatnaik oleh Noor Nabila menerusi instagram storynya bersama beberapa video lain yang turut merakamkan gelagat anaknya itu yang menyanyikan lagu Happy Birthday atas permintaan keluarganya serta menerima tepukan gemuruh sejurus Jebat selesai menyanyikan lagu Happy Birthday tersebut.

Rata-rata para pengikut akaun Instagram tersebut turut geram dengan kecomelan Jebat dan merasa terhibur dengan gelagat si cilik berkenaan yang memanggil Neelofa dan PU Rizz dengan panggilan manja iaitu Uncle Yeh dan Aunty Fofa. Berikut dikongsikan komen-komen peminat.

Hampir sebulan bergelar pasangan suami isteri, pelbagai dugaan telah di hadapi oleh pasangan sensasi Neeloafa dan PU Riz.

Benarlah tidak mudah menjadi suami kepada Neelofa iaitu seseorang yang begitu dikenali ramai kerana amanah dan tanggungjawab yang perlu di pikul begitu besar dek kerana membawa nama pasangannya bersama dalam apa jua tindakan dan keputusan yang melibatkan mereka.

Walaupun terpalit dengan beberapa kontr0versi kerana majlis perkahwinan mereka baru-baru ini, namun semuanya sudah menjadi asam garam beristerikan bekas pengacara Melet0p itu. Semoga pasangan ini bahagia sentiasa hendaknya.

Sumber: ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!