Muatnaik ucapan istimewa buat suami sempena hari lahir, tak sangka ini respon PU Riz

Hampir sebulan bergelar pasangan suami isteri, pelbagai dugaan telah di hadapi oleh pasangan sensasi Neeloafa dan PU Riz. Benarlah tidak mudah menjadi suami kepada Neelofa iaitu seseorang yang begitu dikenali ramai kerana amanah dan tanggungjawab yang perlu di pikul begitu besar dek kerana membawa nama pasangannya bersama dalam apa jua tindakan dan keputusan yang melibatkan mereka.

Walaupun terpalit dengan beberapa kontroversi kerana majlis perkahwinan mereka baru-baru ini, namun semuanya sudah menjadi asam garam beristerikan bekas pengacara Meletop itu.

Nama Neelofa dan pasangan kian hangat setelah berumahtangga. Kisah mengenai pasangan tersebut sering berlegar di media sosial sama ada baik atau sebaliknya.

Bagaimanapun isu mengenai mereka tidak langsung memudarkan semangat pengacara dan pendakwah bebas ini untuk terus melaksanakan kerja amal yang telah mereka usahakan selama ini.

Terkini menerusi Instagram, Neelofa telah memuatnaik ucapan istimewa bersempena hari kelahiran suaminya.

Antara doa beliau adalah agar suaminya itu sentiasa di dalam rahmat Allah dan berharap kasih sayang yang disemai antara mereka berdua seperti mana Nabi Muhammad dan Khadijah.

https://www.instagram.com/p/COWu3mBHWLn/?igshid=3j68w0wtsxby

PU Riz yang memberikan maklum balas terhadap ucapan isterinya itu mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan doa yang istimewa tersebut.

PU Riz juga turut mendoakan agar kehidupan isterinya itu diberkati dan turut meluahkan rasa sayang kepada isterinya.

Rata-rata para pengikut akaun Instagram Neelofa mengucapkan selamat hari lahir kepada PU Riz dan mendoakan pasangan berkenaan kehidupan yg bahagia dan diberkati Allah. Berikut dikongsikan komen-komen peminat.

Dalam kehidupan berumahtangga pastinya akan datang pelbagai ujian dan cabaran untuk menguji mereka berdua. Mudah-mudahan mereka berdua terus tabah dengan dugaan yang melanda.

Semoga pasangan bahagia ini juga akan dikurniakan zuriat dalam masa terdekat dan gembira selalu hendaknya.

Sumber: ig neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!