“Suara abah tak sedap” – Yusof Alqardawi kritik nyanyian lagu raya abah sumbang

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida. Kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaaan amat memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk menjadi berjaya sepertimana mereka. Dato Aliff dan Datin Shahida mempunyai saluran youtube mereka sendiri dan sering berkongsi aktiviti mereka sekeluarga tidak kira dalam bidang perniagaan mahupun kehidupan peribadi mereka.

Setelah menaja beberapa rancangan hiburan nyanyian, Dato Alif juga turut mempunyai beberapa lagu beliau sendiri kerana minat beliau yang mendalam terhadap nyanyian. Walaubagaimanapun minat beliau itu tidak mendapat sokongan daripada isterinya Datin Shahida.

Sebelum ini menerusi Instagram, Datin Shahida pernah memberikan sindiran terhadap suaminya itu menerusi caption yang mengatakan suaranya suaminya itu tidak boleh “pergi”.

Mengenali Dato Aliff, beliau seorang yang tidak mudah berputus asa dalam apa juga yang beliau lakukan. Setelah muncul dengan beberapa buah lagu pada tahun sebelum ini, Dato Aliff berkata beliau akan muncul dengan lagu raya terbaru pula selepas ini.

Bakal muncul dengan lagu raya baru esok, Dato Aliff mahu keluarga beliau menyokong beliau dengan menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai. Menerusi perkongsian video terkini di Instagram, Dato Aliff meminta isteri dan anak-anak menyanyi dan menari lagu raya baru beliau berjudul Lalala Raya.

Bagaimanapun di permulaan video anaknya Yusuf telah mengkritik nyanyian abahnya itu hingga membuatkan Dato Aliff naik angin dan memaarahi Yusuf.

Dato Aliff juga menunjukkan reaksi terkilan kerana keluarganya tidak menyokong beliau menjadi penyanyi.

https://www.instagram.com/tv/COXfECupKJ0/?igshid=139wcv3s51c8

Meluah perasaan di Instagram, Dato Alif berkata di sebabkan beliau tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga, jadi beliau meletakkan harapan kepada para peminat dan penyokong beliau supaya memberikan sokongan terhadap lagu terbaru beliau itu.

Dato Aliff juga berkata buat para pengikut yang memuji suaranya sedap bakal menerima wang sebagai duit raya seramai dua puluh orang.

Menjengah keruangan komen, Dato Aliff menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memberikan maklumbalas positif dan ada juga yang sebaliknya.

Namun mereka juga menegur tindakan Dato Alif yang memarahi Yusuf yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan mereka.

Minat Dato Aliff terhadap nyanyian nampaknya tidak pernah pudar. Kelihatan beliau berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasratnya dalam bidang nyanyian.

Video yang dikongsikan Dato Aliff juga penuh dengan rasa teruja menunjukkan beliau tidak sabar lagi untuk memperdengarkan lagu terbaru beliau. Apa-apa pun tahniah Dato Alif kerana muncul dengan lagu raya terbaru esok.

Sumber: ig Dato Alif Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!