“Alhamdulillah kami dapat laki sado ampaaa”- Fasha Sandha

Perkahwinan kedua pelakon Fasha Sandha jelas menunjukkan dirinya sangat bahagia dengan suami tercinta, Aidil Aziz. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata yang melengkapi rumah tangga pasangan selebriti popular ini. Jika dilihat pada laman Instagram Fasha, banyak video dan gambar romantiknya bersama suami sering dikongsi secara umum seperti yang dikongsi baru-baru ini.

Ramai peminat meluahkan perasaan gembira melihat perkembangan Fasha yang terkini. Lebih-lebih lagi Fasha kini lebih nampak cantik dan berseri.

Baru-baru ini, salah satu foto dikongsi Fasha menerusi laman Instagramnya. Foto tersebut ternyata membuatkan ramai peminat ‘cemburu’ melihatnya.

Foto itu jelas menunjukkan aksi romantis Aidil mengangkat isterinya sambil diperhatikan oleh anak mereka. Amboi sweet betul ye Fasha dan Aidil ni..

Malah ramai peminat Fasha sempat mengusiknya di ruangan komen dan rata-rata memuji Fasha yang kelihatan semakin langsing sejak aktif bersukan.

Sementara itu, foto yang dimuatnaik itu telah mendapat perhatian dari Aidil sendiri.

“Alhamdulillah tumpang bahagia tgok Fasha dengan pasangan, Alhamdulillah finally u dh found your true happiness”-Netizen

Ramai netizen tumpang gembira melihat Fasha yang semakin bahagia bersama suaminya. Mereka pun sememangnya pasangan yang romantik seperti yang dikatakan oleh netizen. Semoga berbahagia Fasha dan Aidil.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!