“Gambar lama kot, takkan lah dia tak berpantang” – Netizen

Sudah menjadi satu kepentingan bagi mana-mana wanita selepas bersalin untuk melalui tempoh berpantang. Dan berpantang selepas bersalin memang sangat perlu dilakukan bagi memastikan tubuh badan si ibu kembali pulih dan sembuh seperti sedia kala. Namun terpulang kepada masing-masing untuk menggunakan kaedah berpantang secara moden atau tradisional, asalkan berpantang mengikut cara yang betul.

Antara ibu yang baru melahirkan cahaya mata sulung iaitu Maryam DurianKimchi. Siapa sahaja yang tidak mengenali Maryam dan suaminya, Ryzal yang merupakan pasangan instafamous Malaysia-Korea.

Pasangan sama cantik sama padan ini baru saja bergelar ibu bapa selepas menerima cahaya mata perempuan pada Oktober lalu.

Mengikuti perkembangan mereka baru-baru ini, Ryzal memuatnaik foto bersama Maryam beserta kapsyen menyatakan hasrat ke Langkawi dari Kuala Lumpur.

Maryam yang baru sahaja bersalin pada Oktober lalu dikatakan perlu menjalani tempoh berpantang selama 44 hari. Namun ada segelintir netizen menganggap Maryam tidak menjalani tempoh berpantang.

Melihat pada Instagram Maryam, beliau sudah pun menjalani tempoh berpantang sebelum Maryam kembali aktif di laman sosial media.

Sementara itu, foto Maryam dan Ryzal menjadi perhatian netizen selepas dimuatnaik di laman instagram dab fb nya.

“Aku yg stress tgok org yg sebok pasal dia punya pantang, acah2 pantang tp rakyat kita top 10 ranking world obsiti wey, ko g korea sana tgok senang x nk jumpa 5xl? Kat sini tgok je depan cermin da jumpa” – Netizen

Ramai yang caring sebenarnya dengan Maryam DurianKimchi ni hehe.. Tak lama lagi anak Maryam mesti dah besar, tak sabar nak tengok..

Sumber: Fb dan ig Ryzal Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!