“Alahai mata bibir Hayla sgt bayi ni” – Netizen

Beberapa hari yang lalu, pelakon Wawa Zainal telahpun selamat melahirkan anak keempat beliau. Kongsi pelakon itu lagi, proses kelahiran anak keempatnya itu amat mencabar buat dirinya. Proses kelahiran kali ini menurut Wawa lebih menyakitkan daripada kelahiran tiga orang anaknya sebelum ini. Kata pelakon berkenaan lagi, beliau telah merasai skit untuk melahirkan sejak jam 2 pagi namun tidak sampai hati untuk mengejutkan suaminya.

Wawa hanya ke hspital pada jam 5 pagi dan ketika itu bukaan sudahpun sembilan sentimeter. Bagaimanapun Wawa dan suaminya Aeril Zafrel mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat yang mendoakan kesejahteraan mereka.

Pasangan pelakon Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Wawa juga baru-baru ini mengejutkan para peminat beliau apabila telah kembali bekerja dan memakai kasut tumit tinggi hanya setelah 8 hari melahirkan anak ke empatnya itu. Bukan sahaja sudah mampu kembali bekerja malahan Wawa juga telah memandu sendiri kenderaan ke tempat kerja beliau.

Meskipun ramai warganet yang terkejut dengan tindakan Wawa yang berani melnggar pantang turun temurun yang sepatutnya berlangsung selama 40 hari, namun para peminat kagum dengan penampilan pelakon berkenaan yang kembali langsing hanya tempoh masa yang amat singkat.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram Wawa Zainal, pelakon tersebut telah berkongsi wajah anak ke empatnya itu di Instagram buat tatapan para peminat beliau.

Pada hari ke sebelas dalam fasa berpantang Wawa dan suaminya membuat keputusan untuk mendedahkan wajah anak ke empat mereka itu beserta nama yang di pilih mereka.

Perkongsian tersebut dibuat Wawa dalam akaun Instagramnya dengan memuat naik foto comel bayinya itu beserta caption mengucapkan salam terhadap anaknya yang bernama Jibril Ibtisam. Menurut Aeril, jika di ikutkan Wawa memang sudah panggil anak keempat mereka dengan panggilan Jibril. Malah, dia juga sudah beritahu kepada tiga anak yang lain mengenai nama adik mereka.

Kongsi Aeril lagi, nama yang dipilih buat anak ke empat mereka itu dipilih kerana memberikan makna yang cukup baik buat anak tersayang di mana Jibril Ibtisam sebenarnya membawa maksud penghulu utusan tuhan yang taat dan menyenangi hati selain membawa makna haruman senyuman serta tersenyum.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis memuji wajah comel putera bongsu pasangan ini. Peminat juga berkata wajah anak bongsu itu juga agak seiras dengan anak kedua mereka iaitu Hayla. Peminat juga berkata pemilihan nama buat anak ke empat pasangan tersebut amat unik. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

“Asslamualaikum Jibriel moga menjadi anak yg soleh penyejuk hati orang tua mu “ – Netizen

“MasyaAllah indahnya ciptaan Allah..sama indah dgn nama baby.. Assalamualaikum Jibril Ibtisam baby muka aeril lagi “ – Netizen

Pasangan ini juga memberitahu bahawa setiap pemilihan nama buat anak- anak, mereka akan merujuk kepada seorang guru. Terdahulu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin selamat melahirkan anak keempat beliau seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan iaitu pada 30 November lalu.

Sumber: ig wawa zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!