“Haha sendiri gelak sendiri terkejutt”- Netizen

Apa sahaja gerak laku figura kesayangan Malaya ini ada sahaja yang menarik perhatian. Bukan sahaja soal kehidupan, pembawakan dirinya terutama di medsos juga mengundang pandangan netizen yang akan mengintai dari segenap segi. Dari sekecil-kecil ‘benda’ hingga ke sebesar-besar perkara, ada sahaja yang dapat ‘ditangkap’ netizen terhadap penyanyi pujaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Lihat sah4jalah perkongsiannya di hantarannya kali ini, cara ketawanya sahaja mengundang tontonan. Hanya kira-kira 16 jam lalu memuatnaik di IG nya, aksinya itu mendapat lebih 724k views. Tapi memang tidak dinafikan, Siti Nurhaliza yang mesra dipanggil TokTi ini tampak ‘comel’ sekali.

Mana tidaknya, gamaknya ingat mikrofon di hadapannya sudah ditutup, beliau yang ketawa kecil agaknya kedengaran pelik hingga dirinya sendiri terlihat terkejut dengan bunyi ketawanya yang kedengaran itu. Adehla.. lucu juga TokTi ni ya…

Komposer, Ajai yang duduk di sebelahnya dalam satu program TV itu juga kelihatan tersenyum besar melihat tindakan spontannya. Tak kurang netizen yang turut memberikan reaksi terhadap video hantaran TokTi itu.

“Aksi spontan yang cukup comel..suka tengok”, “Ulang2 tengok biar tokti terkejut banyak kali“, “Kita lock gelak tue”, “comei terkjut tu”, “Sumpah cute gilaaaa. Geram tauuu”, “Comel ja terkejut bila gelak”, “kelakarlah tokti ni comel je”, “Kelakar tokti..pandai buat lawak…hajat nk ketawa bunyi diri sendiri je..”, itu antara komen netizen.

Dalam pada itu, di kapsyen hantarannya itu, TokTi turut berkongsi perihal di program Big Stage. Pasti ada yang ragu-ragu dan tertanya dengan kaedah pemarkahan diberikan kepada peserta di program itu.

Katanya konsep penjurian baru bila para juri diberi peluang untuk menukar markah mereka ikut tempoh persembahan peserta sehingga lah lock markah terakhir .

Terang TokTi lagi, penonton dapat lihat turun naik pemarkahan yang dibuat. Katanya lagi, dirinya pula biasanya lepas ambil kira komen juri-juri yang lain akan terjadilah pertukaran di saat akhir.

Berbalik kepada video dikongsikannya, coretnya itu la keadaan bila nak kena lock markah terakhir tu. Terang isteri kepada Datuk K itu lagi, ia bukan suatu yang senang buat dirinya kerana perlu mengambil kira setiap sudut.

“Penilaian saya berbeza dengan yang lain mengikut pengalaman saya. Semoga peserta semua terus tingkatkan kualiti nyanyian & persembahan untuk minggu seterusnya,” katanya di akhir coretan. Ooo.. akhirnya terjawab sudah persoalan penonton kenapa tukar-tukar markah kan…

Bagus juga sebenarnya concept macam ni.. Biar semua orang tak kira penonton atau peserta tahu betapa sukarnya nak bagi markah ni sampai ada pertukaran pada minit-minit akhir…

Apa pun kita juga perlu faham, dalam peperiksaan di sekolah pun kita banyak kali padam-padam dan tukar jawapan kan… Camtu jugalah TokTi. Betul-betul TokTi nak bagi markah kat peserta tu, sampai kena campur tolak darab bahagi apa yang patut…

Sumber : Ig Datuk Seri Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!