“Hari ni mata bngkak, mlm byk pikirkan” – DS Vida

Betul-betul beliau jalankan tugas sebagai Presiden Netizen Big Stage 2022 ni sampai tak boleh tidur gamaknya. Luah usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau DSV hari ini di medsosnya bahawa hari ini keadaan matanya bengkak dek terlalu berfikir pada waktu malam. Beliau turut meminta pendapat netizen akan apa yang patut dibuatnya berikutan keadaannya itu.

Meminta agar netizen menolongnya untuk membuatnya ketawa, layang DSV yang berkongsi video keadaannya yang sukar tidur itu bahawa dirinya sudah lama tidak ketawa… Wah.. sampai begitu sekali penangan tugas baru DSV ni ya…

Apa pun memang ramai yang prihatin dengan DSV. Pelbagai pendapat dikongsikan di hantarannya yang mendapat lebih 111k views walaupun baru dimuatnaik kira-kira dua jam lalu itu. Apa tidaknya keadaan DSV memang nampak ‘membimbangkan’.

Sambil berbaring, memegang dahi dan melihat ke siling, wajahnya kelihatan suram gamaknya betul katanya kerana dirinya banyak berfikir. Sambil menulis sesuatu dan memegang kertas, selain duduk, tika berbaring pun DSV tampak dalam merenung masa depan…

Begitupun, ada dalam kalangan netizen menasihatinya agar tidak terlalu memikirkan tentang hal dunia. Apatah lagi rata-rata netizen berpendapat banyak lagi hal lebih afdal untuk difikirkan. Tak kurang beranggapan DSV hanya mahu ‘berdrama’.

“Alahai. Benda tak melibatkan hidup m4ti pun tak leh tido. Kalau kata esok m4ti, bukan jadi presiden netizen tolong kau masuk syurga pun. Tak yah la drama nau nau. Setakat benda lagho ni sampai tak boleh tido. Kalau cerita pasal amal tak cukup sampai tak boleh tido tu make sense la jugak”,

“Diusia Dato ni bkn bz ngn keja2 mcm ni lagipun Dato dah ada segalanya better fokus ngn anak2 Dato lagi baik badan tak s4kit otak tk pening pikir mcm2”, “Jadi Presiden Netizen menang tanpa bertanding pun banyak masalah mengalahkan jadi Perdana Ment3ri ke DSV?” , antara komen netizen.

Jujur, pada pandangan penulis, DSV ini memang suka bergurau orangnya. Dalam entri hantarannya kali ini, entah serius entahkan bergurau hanya DSV yang tahu. Apa pun tak kurang berpendapat, jika tugasnya itu memeningkan kepala, letak jawatan saja…

Ya tak ya… DSV pun dah ada segala, buat apa nak menyusahkan diri kan… Apa pun DSV pasti merasa bertanggungjawab mengapa dia tetap mahu menggalas tugas tersebut. Yang pasti kalau diikutkan sudah tentulah untuk netizen.

Berkenaan tugasnya sebagai Presiden Netizen Big Stage 2022, ramai juga merasakan ia sepatutnya perkara yang mudah sahaja dengan tidak perlu menokok tambah Tweet atau komen daripada netizen kerana tugasnya hanya untuk membaca pendapat di media sosial itu.

Ramai berkata DSV tidak seharusnya menilai seseorang mengikut rasanya saja kerana selama dua minggu ini Big Stage berlangsung, DSV dikatakan hanya memberikan komen yang pedas biarpun tidak keterlaluan. Namun apa yang diharapkan ia dilakukan dengan cara yang dapat menghorm4ti dan beradab dengan orang lain.

Sumber : Ig Datuk Seri Vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!