“Pair ni kalau bergabung, mesti baikk punya” – Netizen

Perasan tak sejak kebelakangan ni, cuaca dekat Malaysia ni terlalu panas. Baru siap mandi, dah keluar berliter-liter peluh. Mungkin nak balas dndam dengan hujan dulu kot. Kan sebelum cuaca panas melampau ni, musim hujan pula hari-hari sehingga ada beberapa tempat di kawasan yang rendah telah dinaiki air banjir. Kesian pada mngsa banjir yang banyak kehiilangan harta benda.

Sejak akhir-akhir ini pula, cuaca panas pula yang terpaksa dihadap oleh rakyat Malaysia. Baru beberapa minit terkena cahaya matahari, seperti mahu terbakar kuulit rasanya gara-gara bahang matahari.

Para selebriti juga tidak terkecuali juga dengan perkara ini. Lebih-lebih lagi bagi para pelakon yang terpaksa berlakon di luar bangunan dan langsung tidak mempunyai tempat yang teduh seperti Roy Azman dan Amyza Aznan.

Melalui video perkongsian yang dimuat naik Roy melalui akaun Instagramnya, Roy bersama-sama dengan Amyza sedang berkongsi sari agar dapat menghalang bahang cahaya matahari yang begitu panas.

Mereka yang sedang membuat penggambaran di kawasan luar terpaksa menahan kepanasan. Mana pulak pergi payung mereka ni kan? Alahai, sari tu pun tak lah tebal sangat seperti payung sehingga dapat digunakan sebagai pelindung daripada cahaya  matahari yang terik ini.

Masa-masa panas begini pun sempat juga dua pelawak ni membuat lawak kan. Rata-rata netizen juga terhibur dengan gelagat mereka berdua ini.

Video perkongsian Roy ini telah dikongsikan pada 6 jam yang lepas dan berjaya meraih sebanyak 10,540 tontonan dan 25 komen. Ada juga netizen yang sempat mengingatkan dua pelakon ini agar membawa payung keesokkan harinya supaya dapat berteduh sementera sesi penggambaran mereka berhenti sejenak.

Tidak sabar rasanya mahu menonton lakonan yang dibintangi oleh Roy dan Amyza ini. Pasti gempak dan dipenuhi dengan lawak kan. Hubungan antara dua pelakon ini kelihatan sangat rapat kerana postingan Roy dan Amyza kadangkala mengusik antara satu sama yang lain.

Seperti foto perkongsian Roy sebelum ini dengan Amyza, jelas-jelas Amyza yang berada di sebelah Roy namun Roy memanggilnya Didie Alias.

Amyza juga membalas usikan Roy itu apabila pada beberapa hari selepas itu, kali ini giliran Amyza pula mengusik Roy.

“Rasa bertuah satu set dengan pelakon Squid Game. Nak tag dia xde ig plak,” ujar Amyza yang jelas berseloroh dengan pura-pura tidak mengenali Roy.

Memang meletop kalau mereka berdua ni bersama-sama, pasti ada sahaja perkara serta postingan lucu yang mereka mahu kongsikan melalui akaun Instagram masing-masing dan sudah pasti para peminat akan terhibur melihat gelagat dua pelawak ini. Seronok pula melihat bonding para artis ni kan, hehehe.

Sumber: Instagram Roy Azman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!