“Tukar balik la kaler rambut hitam bang, dah mcm org asli suku jeniang aku tgk” – Netizen

Pasti ramai diluar sana yang ingin menjadi seorang artis tidak kira pelakon mahu pun penyanyi. Mengimpikan kehidupan dengan populariti dan hasil yang lumayan, ramai yang masih tidak tahu ternyata menjadi seorang artis bukanlah mudah apabila harus memberikan seluruh komitmen terhadap pekerjaan. Bukan sahaja waktu, penampilan seseorang juga harus digadaikan bagi memberi kepuasan tinggi kepada penonton.

Pelakon hebat kelahiran Tanjung Karang Selangor iaitu Azhan Rani ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada orang ramai. Bakatnya dalam menjayakan drama bersiri Nur dengan membawa watak sebagai Ustaz Hamadi pasti masih segar dalam ingatan peminat drama tempatan.

Berbeza dengan watak-watak lain yang pernah dibawanya seperti antagonis, kali ini Azhan telah membawa imej lain yang telah mengejutkan ramai peminat dan netizen dengan rambut perangnya itu.

Ada netizen yang telah menyalahanggap bahawa penampilan baharunya itu sekadar dibuat untuk fesyen dan suka-suka sahaja.

Komen yang diberi oleh netizen tersebut telah mendapat perhatian dan kecaman apabila individu tersebut telah memberi komen negatif yang menyamakan Azhan sendiri dengan suku kaaum di Jeniang Kedah kerana rambutnya itu.

Komen itu juga telah dibalas oleh Azhan dan membela masyarakat disana kerana dia juga pernah ke Jeniang atas urusan penggambaran.

Ruangan komen telah dibanjiri dengan netizen lain lebih-lebih lagi buat orang Jeniang sendiri yang tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan oleh individu tersebut.

Walaupun begitu, masih ramai peminat yang menyokong Azhan kerana bakat lakonannya yang hebat hingga tidak kisah jika dia ingin menukar warna rambut apa sekalipun.

Pasti ramai peminat yang tidak sabar menunggu drama terbaru bertajuk Keluarga Untuk Disewa yang bakal ditayangkan di TV9 tidak lama lagi. Bukan sahaja Azhan, pelakon hebat lain seperti Dynas Mokhtar, Fimie Don, Afifah Nasir dan ramai lagi turut membintangi drama tersebut.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Azhan Rani. Semoga wataknya berambut perang kali ini dapat mengalahkan watak Ustaz Hamadi pula.

Sumber: Instagram Azhan Rani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!