“Macam tgk mommy pulak atas pentas, Scha junior”- Netizen

Kadang-kadang, bakat dan minat ibu bapa turut diwarisi oleh anak-anak mereka. Contoh nya, seorang pemain bola sepak, mestilah nak anak nya jadi macam ayah nya juga kan. Terus diberikan didikan kepada anak-anak mereka seperti hantar pergi ke kem, pertandingan, dan sebagainya.

Ibu bapa juga pendorong utama kepada mereka. Contohnya, anak-anak bagitahu nak join class lakonan dan berkecimpung dalam bidang tersebut. Bila tibanya hari untuk mereka membuat persembahan, apa kata kita raikan mereka, datang dan memberi sokongan.

Ada juga ibu bapa yang sangat teruja dan bangga dengan anaknya setelah mereka mencapai apa yang mereka inginkan. Yelah, satu pencapian yang besar dan hebat kot. Mungkin bagi orang lain,nampak biasa, tapi sebagai ibu bapa,sudah tentu mereka bangga dengan anaknya.

Sebagai contoh, baru-baru ini Scha Al-Yahya ada memuat naik video puteri sulungnya yang comel tu, iaitu Lara Alana atau dipanggil Lala membuat persembahan lakonan di khalayak ramai. Sememangnya Scha merasa amat bangga dengan moment tersebut.

Comel je tengok Lala dan kawan-kawan nya buat persembahan. Dengan berpakaian seolah-olah pir4te nye, ke sana ke sini. Ibu bapa mana je tak bangga kan, nak pulak mummy dan daddy nya juga adalah pelakon. Lagilah mereka bangga kan, sebab mewarisi bakat parent nya.

Bak kata netizen, tak lama lagi ni, Lala yang take over job mummy nya. Bakat dah ada, memang sesuai sangat lah ikut jejak mummy. Seperti Scha Junior pula jika dilihat. Lala pun muka lebih kurang Scha je, yelah anak-beranak lah katakana.

Antara komen netizen ialah “Ibu lah penyokong ank yg terhebat”, “Mommy tak blh cri mkn la lepasni”, “Kak Laraa mommy misti nanges kan”, “Macam tgk mommy pulak atas pentas, Scha junior” dan sebagainya. Betul tu, sesungguhnya ibu bapa adalah penyokong terkuat kepada anak-anak mereka.

Ada juga netizen yang mengatakan bahawa mereka masih ingat lagi memori apabila Lara men4ngis apabila ikan peliharaan nya m4ti. Tup tup, hari ini buat persembahan atas pentas, cepat nya masa berlalu.

Justeru, kepada ibu bapa, amatlah digalakkan untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka dalam apa juga minat yang mereka ceburi. Mana tahu, boleh dijadikan karier di masa depan kelak. Yang penting, sentiasalah membeli sokongan kepada anak-anak yang kita sayangi.

Sumber : Ig Schaalyahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!