“Anak pun rindu dgn DSV, dok rindu kat mama Vida katanya” – Siti Fatimah

Sejak sebulan dua yang lalu, kecoh dalam kalangan netizen yang beria-iya untuk ‘menjodohkan’ usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV dengan pelawak, Shuib Sepahtu. Semuanya bermula sejak DSV memuatnaik di IG nya yang mengiklankan jawatan kosong sebagai pembantu peribadi (PA) yang diperluukannya. Secara berjenaka atau ‘benar’, Shuib menyatakan di ruangan komen mahu memohon jawatan itu.

Tapi lain pula jawab DSV, apabila beliau membalas komen Shuib itu dengan menulis, bahawa dirinya boleh memohon ‘jawatan lain’. Dari situ netizen sudah mula mahu meregukan apabila membaca ‘chemistry’ antara mereka.

Sebagai rakan niaga dan pastinya simpati dengan nasib anak-anak kecil yang kehilangan insan tersayang, beberapa lama sejak arwh isteri Shuib, Siti Sarah Raisuddin menghembuskan nafas terakhir Ogos lalu, DSV ada beberapa kali bertemu anak-anaknya.

Ternampak jelas daripada perkongsiannya, betapa rapat dan sayangnya anak-anak Shuib dan arwh Sarah dengan DSV. Pandai pula DSV mengambil hati dan melayan mereka. Ramai komen ‘sesuailah’ DSV sebagai ‘pengganti’.

Semalam, setelah beberapa lama tidak berjumpa dengan anak-anak kecil ini, DSV meluahkan isi hati di IG beliau yang rindu untuk berjumpa dengan Uwais, Talita, Matin dan Ayash. Walaupun dirinya sibuk dengan urusan harian, masih teringat anak-anak itu… sayang sungguh dengan mereka.

Video dirinya bersama Talita dan Matin beberapa bulan lalu dikongsinya, selain menyatakan rindu mahu berjumpa anak si bongsu Shuib pula selepas ini. Dan sekali lagi dalam video ini tak kurang beri komen menyatakan rasa kesesuaian sekiranya DSV dan Shuib berjodoh.

Menariknya, ibu tiri arwh Siti Sarah yang menggunakan nama Siti Uwais untuk IGnya juga menulis di rungan komen hantaran DSV itu bahawa anak-anak Shuib juga rindu dengan DSV. ‘Dok rindu kat mama vida katanya’ coret Siti atau nama sebenarnya Siti Fatimah Suberi.

‘DSV ke yang dimaksudkan sebagai auntie tu?’. Yalah beberapa hari lalu timbul banyak cakap-cakap apabila anak Shuib memberi hint seakan sukakan ‘auntie’ yang ramai menebak wanita itu seseorang yang mungkin menjadi pengganti arwh isteri Shuib.

Dalam pada itu, ramai juga yang memberi kritikan pedas buat DSV tatkala dikaitkan dengan jodoh. Begitupun ada yang prihatin dengan DSV dengan menasihatinya agar tidak mengendahkan netizen yang hendak mengata.

Ya antara nasihat bagus netizen buat DSV ialah kita tak dapat memuaskan hati semua orang, tetapi Allah akan tahu niat kita yang mana membahagiakan anak yatim besar pahalanya. Semoga DSV terus membuat baik dan menyayangi mereka, antara komen netizen yang memahami.

Sumber : Ig DSV

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!