“Anak 5 dagu pun runcing, kami anak 5 dagu dabel chin” – Netizen

Sejak melakonkan peranannya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara, pelakon, Sari Yanti atau nama sebenarnya, Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari mula dikenali. Dilahirkan pada 9 November 1984, selain berlakon dan menjadi model iklan, antara daya tarikan wanita ini ialah wajah jelitanya yang ayu dan runcing. Bukan saja sejak dulu, tapi hingga kini.

Lazimnya jika sudah beranak pinak, raut wajah pun banyak berubah, diikuti pula dengan fitur luaran. Begitupun, beliau amat bertuah, Sari seakan tidak langsung dimamah umur biarpun sudah beranak lima.

Pastinya dicemburui ramai wanita lain di luar sana, entah apa agaknya rahsia kejelitaan isteri kepada pelawak, Jep Sepahtu ini. Apa pun jika meninjau medsosnya, Sari juga acap berkongsi berkenaan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

Membaca di ruangan komen hantaran beliau yang membuat demo pemakaian tudung ini ramai yang bersetuju rautnya tak banyak berubah. ‘Kenapa macm msih tengok “kaisara” awet muda’, antara coret netizen.

Dalam pada itu pelakon, Puteri Sarah juga rakan seninya juga memberikan maklumbalas dengan nada sama mengatakan Sari tak beraubah sejak zaman mereka pengambaran bersama-sama sehingga sekarang. Huntunglah kan…

Terdahulu tak kurang yang ‘membincangkan’ tentang perihal dagu Sari yang terlihat runcing dalam video demo pemakaian tudung dikongsikan di hantarannya. Ramai yg kagum kerana beliau masih mengekal keadaan asal raut wajahnya.

Ada jua yang mengatakan Sari pakai apa pun cantik termasuk tudung dikenakannya. Lucunya tak kurang yang mengakui keadaan diri mereka menjadi sebaliknya jika mengenakan tudung sama. Adeh.. macam-macam netizen ni.

Tampaknya biarpun kurang aktif dan jarang terlihat dalam drama dan filem pada masa ini, masih ramai peminat Sari yang mengikuti perkembangan semasa diri dan suaminya serta keluarganya di media social.

Sari berkahwin dengan Mohd Eddy Casmady Che Hussein pada 16 Januari 2009, pun begitu, bercrai secara rasmi pada 11 Disember 2014. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Menurut perkongsian di maya, pada 14 Jun 2014, Sari dan bekas suami telah bersetuju untuk mencari jalan penyelesaian secara baik terhadap permohonan nusyuz (kembali taat) terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Sari kemudian telah mendirikan rumah tangga dengan Jep pada 25 Februari 2017. Sehingga kini mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber : Ig Sari Yanti

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!