“Saya rindu awak”- Idris Khan

Berlakon dan menjiwai sepenuhnya watak dalam sesuatu drama atau filem bukanlah satu perkara yang mudah bagi seorang pelakon. Banyak cabaran yang dilalui pelakon Malaysia lebih lebih lagi ketika memegang watak utama dalam drama atau filem. Salah seorang pelakon popular iaitu Intan Najuwa yang berganding bersama Idris Khan telah mempengaaruhi penonton baru-baru ini.

Gandingan mantap Intan dan Idris Khan menerusi drama Saat Kau Takluk Cinta Ini telah berjaya menarik perhatian ramai penonton sekaligus menjadi trending dalam laman sosial media.

Drama tersebut yang telah ditayangkan di saluran TV3 menerima sambutan yang menggalakan daripada penonton dan jalan cerita yang cukup menarik.

Bukan itu sahaja, hubungan mesra Intan dan Idris menjadi perhatian ramai netizen apabila mereka kelihtan cukup mesra di luar lokasi penggambaran.

Banyak gmabar mesra Intan dan Idris dikongsi oleh mereka di laman Instagram membuatkan ramai pengikut mereka berteka-teki dengan status hubungan mereka yang sebenar.

Lihat pada Instagram Intan,beliau juga sering berkongsi sebahagian babak lakonan drama Saat Kau Takluk Cinta bertujuan mempromosikan drama lakonannya.

Ramai netizen memenuhi ruangan komen memuji lakonan mantap Intan yang berhasil mempengaaruhi penonton dan tidak sama sekali mengecewakan.

“Terbaiklah intan berlakon, meleleh air mata, gandingan intan idris ni memang terbaik, best giler”-Netizen

Sumber: Instagram intannajuwa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!