“Ha sampai brat dah tu lampin masuk air laut, comel Afwa”- Netizen

Sebagai seorang ibu dan bapa, kita mahu anak kita merasai nikmat alam yang diberi Illahi ini. Sebagai ibu bapa, kita pasti mahu anak-anak kita menjelajahi sendiri menggunakan sensori utama mereka. Dengan itu, kita membawa mereka bercuti sambil menikm4ti keindahan alam ini. Terutama sekali anak-anak yang masih kecil, mereka lebih memerluk4n pendedahan kepada alam sekitar jadi mereka tahu menggunakan sensori utama mereka.

Siapa lagi yang tidak mengenali penyanyi yang disayangi rakyat Malaysia iaitu Siti Nurhaliza. Beliau yang memulakan karier beliau pada tahun 1995 berjaya membina nama sedikit demi sedikit sehingga dapat mengharumkan nama negara.

Pada tahun 2006, Dato’ Siti Nurhaliza bertemu jodoh bersama Dato’ Khalid dan bernikah pada Ogos 2006. Setelah sekian lama berkahwin dan berusaha utk mendapatkan cahaya mata, beliau dan suami telah dikurniakan dua orang anak iaitu Aafiyah dan Afwa.

Anak sulung mereka iaitu Siti Aafiyah Khalid sekarang sudah berumur 4 tahun dan sangat petah berkata walaupun usianya masih kecil. Pada tahun 2021, terlahir anak kedua beliau dan diberikan nama Muhammad Afwa Khalid dan kini berusia 10 bulan.

Sebagai ibu bapa, Dato’ Siti mahu melihat anak-anak beliau membesar dengan cergas dan gembira. Dengan itu, Dato’ Siti dan keluarga pergi bercuti ke Pulau Redang baru-baru ini beristirehat disana.

Baru-baru ini Dato’ Siti berkongsi sebuah video dimana beliau meluangkan masa bersama anak-anaknya dengan membawa mereka bermandi-manda di laut di Pulau Redang. Dikatakan juga bahawa mereka sekeluarga ke sana kerana mennyambut hari ulangtahun suaminya yang ke-63.

Dilihat dalam video yang dikongsikan Dato’ Siti, anak kedua beliau iaitu Muhammad Afwa sangat teruja apabila ombak laut itu menghempas ke badannya. Muka comel beliau dilihat tidak takut dengan alam sekitar dan sangat suka bermain dengan air.

Dato’ Siti juga sempat memberi kapsyen dengan berkata anak keduanya itu sangat ‘excited’ lebih dari kakaknya, Aafiyah. Netizen juga turut teruja melihat keterujaan Afwa dan memuji kecomelan anak Dato’ Siti itu.

Setiap ibu bapa pasti mahu mengukir senyuman pada wajah anak-anak mereka. Begitu juga Dato’ Siti dan suami terhadap anak-anak mereka.

Memandangkan anak-anak mereka masih kecil, mereka mahu anak mereka mengeksplorasi alam sekitar mereka dan mempelajari sesuatu dari keindahan alam ini.

sumber : instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!