“Ukhwah mcm ni seronok je tgk, wlpn dh berpisah ttp berbaik”- Netizen

Kadang kata orang bila dah berpisah dengan pasangan, bukan kata hanya nak lalu kat tepi, tengok pun tak hingin. Apa pun jodoh, m4uut, pertemuan dan perpisahan semua aturanNya. Kita hanya merancang, Dialah yang menentu. Yang bestnya bila pasangan sudah berpisah ini bukan sahaja secara baik, tapi masih dapat bertemu empat mata semuanya kerana anak.

Itu situasi yang dihadapi pelakon, pengacara dan juruhebah radio, Sharifah Shahirah dengan bekas suaminya, Jatt vokalis kumpulan Bl4ck D0g B0ne dari Singapura. Dalam keceriaan Shahirah atau mesra dengan gelaran Shiera, pasti ramai tak tahu ‘sejarahnya’ dengan penyanyi r0ck ini sebelumnya.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Alisya Tahir. Begitupun jodoh mereka tidak panjang apabila mereka memilih untuk berpisah pada tahun 1999. Hanya pada 2003 Shiera menamatkan zaman janda apabila berjodoh dengan pelakon, Ijoy Azahari.

Menariknya, biarpun sudah lebih 20 tahun berpisah dengan Jatt, hubungan Shiera dan Jatt sangat baik sehingga kini. Lihat saj4lah perkongsian hantaran Shiera dalam IG nya kali ini. Siap anak-anaknya yang lain turut sama bermain muzik dengan Jatt.

Masing-masing semuanya sporting. Ramai juga netizen yang meluahkan rasa kagum melihat Shiera dan Jatt masih berbaik sehingga kini. Yang penting perpisahan pasangan yang pernah mengikat tali perkahwinan sebelumnya bukanlah jadi suatu beban pada emosi anak kan…

“Baiknya kak Shiera Ngan exhusband…semoga terus ukhwah… masing-masing dah ada family kan”, “Ukhwah yg mcm ni la seronok je tgk…walaupn dh brpisah ttp berbaik…

ni x sstghnya memasing dh ada family sendiri pn masih nk ada rasa cmburu dngki bagai….hurmmm..lemah…”, “legend mai”, itu antara komen netizen yang turut teruja melihat antara bintang lagenda rock ini.

Lebih bagus, bukan sahaja anaknya Alisya berbakat dalam seni nyanyian, ‘tempiasnya’ juga ada pada anak-anak Shiera dan Ijoy yang lain apabila masing-masing power juga dalam bermain alat muzik. Dah masing-masing ada dar4h seni ya…

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, Allisya pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang juga diangkat sebagai lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe yang pernah disiarkan menerusi slot Akasia, TV3.

Pada perkahwinan keduanya dengan Ijoy, mereka dikurniakan dengan kehadiran empat orang cahaya mata iaitu Airel (lahir pada 2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016).

Untuk info, bukan sahaja Shiera, kakaknya, aktres cantik manis Sharifah Haslinda juga pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Yantzen Juniwan pada tahun 1994, namun berpisah pada 2004. Haslinda mendirikan pula perkahwinan dengan Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican.

Sumber : Ig Sharifah Shahirah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!