“Wahh daddy berbaju melayu”- Netizen

Perkhawinan pertama jika gagal bukan satu perjalanan yang terhenti. Perkhawinan yang kedua merupakan satu peluang untuk kita memperbaiki diri dan memperbetulkan perjalanan kehidupan. Bukan untuk menunjuk namun satu jalan penyelesaian untuk mengecapi kebahagiaan. Setiap ujian dan dugaan yang mendatang adalah berbeza untuk setiap manusia dimuka bumi. Hadapi semua dengan ketabahan.

Tidak semua tahu Vicha Saywho, sudah berkahwin yang kedua kali. Sebelum ini peminat hanya mengetahui beliau telah berkahwin dan perkhawinan tersebut tidak panjang.

Namun, selepas 2 tahun baru Vicha mengakui. Tidak merahsiakan, namun hanya tidak berkongsi atas sebab suaminya seorang sangat pemalu.

Hadir ketika majlis Syura dan suami, akhirnya Vicha menunjukkan suaminya. Bergambar bersama pengantin, suami Vicha juga turut serta.

Mengenakan baju sedondon, merah jambu, cantik bergaya Vicha memakai kurung labuh, bersama suaminya yang mesra disapa daddy, memakai baju melayu cekak musang.

Mempunyai 3 anak perempuan sebelum ini dengan perkhawinan pertama, Vicha kini mempunyai seorang anak lelaki bersama daddy. Vicha juga mempunyai perniagaan iaitu Bakso Beranak.

Netizen yang sebelum ini ingin melihat wajah suami Vicha kini berpuas hati apabila Vicha sudah berkongsi gambar bersama suami. Dan ada yang baru mengetahui bahawa Vicha sudah berkahwin.

Antara komen-komen netizen yang memberi respon pada sekeping gambar. Ada yang menyatakan mana satu pasangan baru ni. Ada yang mengatakan macam Angah Rajalawak pun ada. Dibawah ini komen netizen.

Sama padan sama cantik untuk kedua pasangan ini. Semoga hubungan ini terus ke syurga. Eh baru perasan, mana junior ya.

Sumber: vichabarbie

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!