“Rezeki paling epik, bukan semua org dpt rezeki mcm ni”- Netizen

Hidup berumahtangga sepanjang tempoh 28 tahun bukanlah suatu perjalanan yang singkat. Pasti banyak manis, pahit maung perlu dilalui apatah lagi bergelar isteri kedua. Begitupun, itulah yang berjaya ditempuhi oleh pelakon berpengalaman, Zarina Zainuddin sehingga ke hari ini. Hal berkenaan dikongsikannya menerusi hantaran terbaharu medsos beliau hingga mengundang kekaguman ramai terutama dalam kalangan pengikutnya.

Jika kebanyakan orang lain melalui detik percintaan sebelum mendirikan rumah tangga, menariknya kisah beliau kerana melangkau pengalaman sebaliknya namun tetap mampu mempertahankan msjid yang dibina bersama suami, Dato’ Sri Dr Abu Raihan Wan Jaafar.

Seperti sering dikongsikannya, umum maklum dalam melayari bahtera rumahtangganya itu, mereka turut diuji apabila dikurniakan dengan dua anak istimewa aut1sme, Azal dan Azil yg merupakan pasangan kembar.

Terdahulu, apa yang menarik perhatian ialah coretan Zarina tentang bagaimana beliau bertemu Dr Abu Raihan dan madunya, Datin Sri Noorhasimah Mohd Noor sehingga akhirnya akur menjadi ‘insan kedua’.

Memahami betapa mendalam kasih sayang suaminya terhadap madunya sebagai insan pertama bertakhta di hati, beliau menghormati perjalanan ditempuh mereka. Apatah lagi suaminya jujur membawa dirinya dan madu bertemu empat mata.

Dalam pada itu beliau mengucapkan terima kasih kepada suami, madu dan anak-anak tirinya kerana menerima dirinya seadanya. Tak lupa beliau berterima kasih kepada ibunya kerana memperkenalkan dirinya dengan insan yg bernama suami.

Rupanya dalam perjalanan panjang rumahtangga yang mana statusnya pernah disembunyikan daripada umum di peringkat awal perkahwinan, kata Zarina ramai yang bertanyakan sama ada Dr Abu Raihan suami keduanya.

“Itu lah suami saya dari umur saya 22 tahun lagi sehingga kini 51 tahun,” coret Zarina di ayat paling akhir status hantaran dimuatnaiknya itu. Wow… lamanya kan.. Patutlah netizen kata rezeki paling epik.

Dalam pada itu, selain netizen, tak kurang rakan-rakan yang ikhlas memberikan komen bahawa perkongsian Zarina itu antara nukilan yang memberikan inspirasi. Bukan semudah memetik jari untuk dapat manisnya hidup kecuali dengan kesabaran yang tinggi.

Menariknya selain dikatakan epik, ramai juga yang baharu tahu umur sebenar Zarina, bahkan kagum akan kecantikannya masih kekal utuh seperti dahulu juga. Rezeki juga tuuu. Moga beliau dan keluarga terus bahagia hingga ke jannah.

Sumber : Ig Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!