“Banyak betul energy hang ni” – Ummi Nazeera

Kadang kerana dah terbiasa, kadang ada yang berasa ia satu tanggungjawab, tidak kira sepenat manapun bila sudah melangkah ke dalam rumah automatik kaki tangan terus berkhidmat membuat kerja-kerja yang patut sebagai seorang suri rumah tangga. Mengemas adalah salah satu daripada rutin untuk mereka yang dah terbiasa bagi sesetengah orang termasuklah pelakon jelita berbakat luar biasa ni.

Tampaknya kebolehan beliau bukan hanya di lokasi set penggambaran, tetapi juga ligat di rumah. Sepenat mana pun ketika balik rumah, nampak saja bersepah dan tak kena di mata, laju je nak setelkan.

Itu antara habit Nad Zainal, antara contoh baik daripada dirinya sebagai selebriti buat netizen. Biarpun merupakan seorang pelakon pujaan ramai, sikapnya yang satu ini antara yang boleh diikut.

Yelah… kalau kita dah cantik lawa tambah penat balik bekerja, memang tak kuasa dah nak melayan kerja-kerja rumah, selain berehat dahulu sebelum melakukannya. Tetapi tidak bagi ibu genit beranak dua ini.

Dengan baju kerja cantik lawa masih disarung di tubuh, laju saja Nad menggapai penyedut hampagas dan membersihkan habuk-habuk dan mengemas barang bersepah di dalam rumah. Siapa macam ni memang terbaik la…

Gamaknya terkesima dengan kegigihan Nad, rakan seni Nad, pelakon cantik manis, Ummi Nazeera juga memberikan komen di hantaran Nad yang tak lokek berkongsikan tentang tabiatnya itu. ‘Banyak betul energy hang ni’, coret Ummi.

Menjawab komen rakannya itu, Nad membalas bahawa dirinya tak ada pembantu rumah, jadi kerja sedemikian terpaksa dilakukannya sendiri. Siapa sangka, dah la cantik, rajin pulak Nad ni ya. Jadi buat mereka yang mempunyai pasangan dengan tabiat sebegini, hargailah sebaiknya ya.

Maklum sajalah, kalau ada askar kecil, lazimnya rumah memang susah nak pastikan semua barang elok kemas terletak. Menariknya tak kurang ramai netizen yang berkongsi sebagai ibu, rutin sebegitu terpaksa dijadikan tabiat biarpun agak memenatkan.

Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal yang lahir pada 16 Mei 1990 merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula diperkenalkan menerusi drama televisyen berjudul Impian (Sunsilk Impian) pada tahun 2008.

Sepanjang kerjayanya, Nad telah memenangi pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 bagi Pelakon TV Wanita Popular dan Anugerah Skrin 2018 bagi Pelakon Wanita Terbaik (Drama).

Sumber : Ig Nad Zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!