“Ibu no camera pls, Azal m4rah ambil video s0lat” – Zarina Zainuddin

Alhamdulilah anak syurga Kak Ina, Azal, memang seorang yang menjaga ibadat serta menjaga ahli keluarga. Jikalau ada yang tidak sihat pastinya dia lah yang paling risau apatah lagi jika abangnya tidak sihat. Zarina Zainuddin suka mengemaskini tentang anak syurganya itu sehingga dikenali orang ramai. Nama Azal dan Azil tidak perlu diperkenalkan lagi. Memang ramai sudah mengenali.

Sedang merakam perbuatan Azal, Azal memrahi ibunya kerana tidak mahu dirakam. Azal sedang bersolat dan ibunya mahu merakam untuk memberikan inspirasi kepada yang lain.

Betul juga apa yang dikata Azal, biarlah perkara yang baik hanya dia dan Tuhan saja yang mengetahuinya. Namun bagi Zarina ia untuk memberikan pengajaran bahawa jika ank syurga pun mengerjakan solat mengapa yang sihat-sihat tinggalkan solat dengan mudah.

Ada betul juga. Kedua-duanya ada maksud tersendiri. Bukan sengaja mahu merakam tapi niat baik Zarina ada betulnya. Ramai juga yang sukakan cara Zarina berkongsikan cara didikan anaknya.

Lihat saja Azal menegur ibunya pun dengan cara lemah lembut saja. Meskipun Azal bukan normal seperti anak yang lain tetapi Zarina melayan Azal sama saja sehingga Azal pandai berdikari.

Azal seorang yang boleh diharap dan beliau selalu menjaga abangnya sewaktu ibunya kerja, jika ada masa yang lapang. Kerana Azal pun selalu mengikut ibunya kerja.

Ramai netizen yang menyokong Azal, sebaiknya tidak perlu dirakam perkara-perkara seperti solat dan lain. Tapi, ada juga menyokong niat Zarina bukan menunjuk tetapi untuk kebaikan.

Lihat komen-komen netizen, ramai mendoakan anak syurga Zarina dan kesabaran Zarina menjaga dan membesarkan anak syurga.

Dari kecil lagi Zarina sudah memperkenalkan anak-anak syurga beliau sehingga beliau menjadi inspirasi dan contoh ibu yang terbaik dalam menjaga anak Aust1me.

Sumber: ig zarinazainuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!