“Dia maalu pulak, takpelah meh kami sambung” – Faezah Elai

Suatu ketika dahulu dia antara barisan artis popular sekitar tahun 90-an. Bagi yang mengikuti perkembangan hiburan tempatan pastinya masih terngiang-ngiang suara dan nyanyian penyanyi, Min Malik. Dia yang aktif sekitar tahun 1995 hingga 1997 itu rupanya sudah lama dengan dunia barunya. Menariknya biarpun tidak lama di pentas seni, nama dan kehadirannya dalam tempoh singkat itu masih diingati dan dirindui hingga sekarang.

Pastinya, figura ini juga antara ribuan peminatnya, perkongsian pengacara, Ahmad Fedtri Yahya akan keadaan terkini Min sekurang-kurangnya mengubat ingatan dan tanda tanya peminat akan kehidupan wanita itu.

Lihat s4jalah perkongsian Fedtri ini yang memperlihatkan Min kemas beruniform hijau, pakaian formal seperti kebiaasaan dipakai anggota Angkatan Tentera Malaysia. Masih cantik seperti dulu.

Dalam segaknya Min menyarung uniformnya itu, sempat lagi dia belanja lagu popular nyanyiannya, Flora Cinta yang jadi siulan hingga sekarang. Suaranya pun masih maintain macam dulu. Ton tinggi dan serak-serak basah gitu…

Begitupun sikit sangat Min belanja sampai tak puas peminat termasuklah rakan artis yang juga pelakon, Faezah Elai ini. Agak mencuit hati apabila Faezah kata nak sambung lagu

Dengan mencoret baris lirik seterusnya lagu Min karya 4rwah Adnan Abu Hassan itu di ruangan komen hantaran Fedtri tersebut, luah Faezah sampai ‘bergegar’ rumahnya dek dia sambung nyanyi guna high pitched.

“Manis sgt btudung nbthe voice still rocking like bfore”, “Suke btol dgn lagu flora cinta… zaman dolu2 time sekolah”, “Lama x tgk min malik”, “Omg lagu fav zaman remaja”. Itu pula antara komen netizen.

Tanpaknya ramai yang masih ingat akan Min yang juga merupakan adik kepada bekas pelakon dan pengacara Ary Malik yang men1nggal dunia pada Februari 2017 akibat peny4kit k4nser ovari itu.

Seperti dikongsikan di maya, siapa sangka rupanya Min pernah ditawarkan oleh pihak Astro untuk menyertai Gegar Vaganza namun, oleh kerana statusnya kini sebagai penjawat awam tidak memungkinkannya untuk kembali sebagai penyanyi.

Bahkan Min juga mengganggap dirinya bukanlah penyanyi komersil yang terkenal untuk kembali aktif. Begitu ya… Apa pun best juga dapat kerja sekarang ini. Min nampaknya memang tegar men1nggalkan dunia glamour.

Sumber : IG Ahmad Fedtri Yahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!