“Amboi ko Cing kemain tido ats katil baby, bertuah ada org syg ko mcm manusia” – Netizen

Semua orang boleh suka kucing. Namun untuk mencintai dan menjaga seekor kucing itu sepenuh hati bukanlah senang. Ia juga memerluukan kesabaran yang tinggi dalam membela kucing. Ini kerana kucing adalah seekor haiwan dan haiwan tidak memahami apa yang kita cakap. Maka sebab itu, tiada guna untuk kita memaarahi jika kucing yang dibela itu telah membuang naj1s merata atau telah memecahkan pinggan kesayangan kita.

Ramai juga golongan artis kita yang sangat meminati kucing dan turut membela kucing untuk mengisi masa lapang mereka. Antaranya adalah Chef Wan. Walaupun beliau adalah tukang masak professional, beliau juga seorang yang sangat meminati kucing dan memiliki beberapa ekor kucing di rumah kediamannya.

Menerusi laman ig beliau, beliau sudahpun punyai beberapa kucing miliknya namun telah datang seekor kucing yang bunting dan beliau merasa kasihan melihat kucing tersebut.

Makanya, beliau memutuskan untuk menjaga kucing itu sementara menunggu sesiapa untuk menuntut kembali kucing tersebut. Yang terbaru adalah kucing yang diberi nama Kiah itu telahpun melahirkan 6 ekor bayi kucing dan telah membesar dengan baik sekali.

Baru-baru ini, Chef Wan ada mengongsikan sebuah video dimana anak-anak kucing tersebut tidur di sebuah katil bayi khas untuk anak-anak kucing itu tidur dan menyusu bersama ibu m

Didalam video tersebut, dilihat Chef Wan ingin melihat sama ada anak-anak kucing itu sudah bangun dari tidur atau belum. Di ruangan kapsyen pula, Chef Wan membahasakan dirinya sebagai ‘Atuk’ dengan anak-anak kucing tersebut.

Netizen sangat suka melihat kasih sayang yang diberikan Chef Wan kepada kucing-kucingnya. Ramai yang memuji Chef Wan pandai menjaga kucing-kucing tersebut dan jarang ada orang yang punyai sifat seperti Chef Wan.

Ada juga berseloroh berkata bahawa anak-anak kucing tersebut seronok dijaga Chef Wan kerana dijaga seperti anak manusia sehingga berikan katil bayi lagi kepada mereka.

Penjaga kucing diluar sana seharusnya menjadikan Chef Wan sebagai contoh dalam menjaga kucing dengan betul. Kerana menjaga kucing ini adalah satu tanggungjawab dan kita harus tunaikan tanggungjawab itu sekiranya kita ada membela kucing.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!