“Cantiknya bakal isteri Kamal Adli, dpt baby comel2 nanti”- Netizen

Ramai selebriti Malaysia bertemu jodoh menerusi industri hiburan tempatan dalam bidang yang sama. Di samping berlakon dan berkarya bersama, maka di situlah bermulanya detik percintaan antara mereka. Kisah percintaan golongan selebriti tidak asing lagi dalam industri hiburan. Tidak terkecuali, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi.

Dahulunya desas desus tentang hubungan istimewa yang terjalin antara Kamal dan Uqasha akhirnya sudah terjawab selepas Kamal secara spontan melamar Uqasha ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era pada tahun lepas.

Dan akhirnya, mereka bakal berkahwin tidak lama lagi selepas Kamal memuatnaik satu foto Uqasha diraikan dalam satu majlis ‘bachelor party’ baru baru ini.

Ramai peminat menerusi ruangan komen sudah mula syak Kamal dan Uqasha bakal berkahwin tidak lama lagi. Namun belum ada lagi sebarang pengumuman tentang tarikh perkahwinan mereka.

Menerusi kapsyen yang ditulis Kamal, beliau meminta peminat-prminatnya agar mendoakan supaya urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.

Rata-rata peminat juga kelihatan teruja dengan perkembangan terbaru daripada pasangan sama cantik sama padan ini yang bakal disatukan nanti.

Selain itu, ramai memuji wajah cantik Uqasha yang kini lebih berseri dan bakal bergelar pengantin tidak lama lagi.

Hubungan Kamal dan Uqasha sentiasa menjadi perhatian netizen dan foto terbaru yang dimuatnaik Kamal itu telah menerima hampir 100,000 tanda suka dan dibanjiri komen daripada rakan-rakan artis serta peminat-peminatnya.

Semoga urusan perkahwinan Kamal & Uqasha dipermudahkan ya, tak sabar nak tengok majlis mereka nanti. Mesti meriah..

Sumber: Instagram Kamaladli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!