“Tak pernah tengok dia pakai tudung singkat”- Netizen

Pemakaian tudung seseorang itu bergantung pada keselesaan masing-masing. Tidak dinafikan juga, bertudung labuh adalah salah satu syariat islam yang perlu diikuti oleh kaaum wanita supaya mereka lebih peka terhadap aurat dan pakaian. Namun siapalah kita untuk menghukum dan mempersoalkan cara pemakaian orang lain kan, Hanya Allah SWT sahaja yang berhak menghukum manusia.

Secara umumnya, sudah ramai mengenali penyanyi Wany Hasrita yang popular dengan imej bertudung labuh. Wany Hasrita antara penyanyi bersuara merdu yang sentiasa kelihatan manis dan sopan dengan penampilannya.

Namun baru-baru ini, foto Wany yang dikongsi di Instagram miliknya telah menjadi perhatian netizen. Foto wany bertudung singkat buat pertama kalinya dimuatnaik itu telah menjadi bualan netizen di ruangan komen.

https://www.instagram.com/p/CUjZZYhPvlR/?utm_medium=copy_link

Sebahagian netizen mempersoalkan imej Wany bertudung singkat itu dan menganggap ia tidak sesuai buat Wany.

Walaubagaimana pun, imej wani bertudung sebegitu adalah sekadar stail yang digayakan bagi program Muzik Muzik.

Stail tudung yang dipakai Wani juga adalah hasil sentuhan daripada stylist tudung dan pakaian. Sememangnya hanya sekadar untuk bergaya di hadapan kamera sahaja.

Sementara itu, ramai netizen memuji wajah cantik Wany yang berseri itu. Bukan itu sahaja, foto Wany telah menerima hampir 52,000 tanda suka dan komen daripada netizen serta peminat-peminatnya.

“Cantiknya wani, manis tengok, cantik baju cantik jugak tuannya”- Netizen

Kita jangan terlalu cepat menghukum seseorang. Wany Hasrita pakai stail macam tu pun sebab dah digayakan oleh stylist. Wany masih maintain bertudung labuh je sampai sekarang. Jangan risau ye netizen..

Sumber: Instagram wanyhasrita

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!