“Version baru Amer Lee” – Netizen

Hidup tanpa kewujudan dan adanya orang tersayang di sisi pastinya akan terasa hambar. Perasaan gembira dapat membahagiakan mereka yang tersayang juga merupakan satu perasaan yang sukar diggambarkan dengan kata-kata. Semudah dengan hanya memperingati hari-hari penting seperti hari kelahiran dan sebagainya juga merupakan satu cara menghargai antara satu sama lain.

Pemenang naib juara Mentor Milenia 2017 iaitu Muhammad Saiful Naim atau lebih dikenali sebagai Usop ini telah membuat satu kejutan istimewa buat yang tersayang. Selepas rancangan realiti Mentor Milenia, Usop selepas itu turut menyertai pertandingan Big Stage musim ketiga yang turut menempatkannya sebagai naib juara.

Mengumumkan ikatan pertunangan bersama seorang model tinggi lampai bernama Nur Fatihah, majlis pertunangan pasangan serasi ini telah dilangsungkan di Pulau Pinang dengan kehadiran kedua-dua belah pihak keluarga. Siapa sangka Usop yang dahulunya mengimpi-impikan pasangan yang berkulit cerah dan tinggi lampai akhirnya termakbul jua.

Terharu dengan video perkongsian dari Usop di laman Instagramnya, ramai yang memuji keromantikan Usop terhadap tunangnya itu dengan mengadakan satu kejutan khas buatnya. Sempena ulang tahun kelahiran Nur Fatihah, Usop telah memilih lokasi Batu Ferringhi Pulau Pinang sebagai tempat istimewa menyambut hari kelahiran tersayang.

Netizen menyimpulkan bahawa kejutan dari Usop ini seperti adegan dari siri drama Kisah Cinta Kita. Mereka juga mengatakan bahawa Usop adalah versi terbaru dari Amer Lee yang merupakan watak yang dibawa oleh Aedy Ashraf dalam drama tersebut.

https://www.instagram.com/tv/CYUEg0IFM_e/?utm_medium=copy_link

Nur Fatihah juga tidak menyangka dengan kejutan yang dibuat oleh Usop di hari kelahirannya kerana dia mendakwa bahawa sebelum ini hanya dia yang selalu membuat kejutan buat Usop.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Usop kerana selalu berada disampingnya walaupun ramai orang yang mengatakan bahawa dia hanya ingin menumpang populariti Usop sebagai seorang selebriti.

Bertuahnya Fatihah dapat tunang sweet macam Usop kan. Dengar-dengar tak lama lagi pasangan ini akan naik pelamin. Semoga urusan Usop dan Fatihah untuk mengikat tali perkahwinan dipermudahkan olehNya.

Sumber: Instagram Usop

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!