“Slow sikit jalan tu, seriau kita tengok dgn heels nya lagi”- Netizen

Ibu hamil sudah semestinya perlu menjaga diri dan kandungannya. Banyak pantang larang dan petua orang zaman dulu yang perlu kita ikuti lebih-lebih lagi apabila bergelar ibu hamil. Ada yang kata ibu hamil tidak digalakkan memakai kasut tumit tinggi, ada juga yang menasihatkan ibu hamil untuk menjaga pemakanan dan makan makanan yang disyorkan.

Di zaman serba canggih kini, tidak dinafikan ramai ibu hamil memiliki kerjaya mereka masing-masing dan sibuk dengan urusan kerja setiap masa.

Dalam sibuk menguruskan kerja, jangan terlalu beremosi dan melayan stres. Kelak akan memberi kesan yang buruk kepada anak di dalam kandungan. Orang kata, kandungan perlu dijaga dengan cukup baik supaya anak yang bakal dilahirkan itu cukup sifat dan sempurna.

Melihat pada karier selebriti Uyaina Arshad sebagai pengacara, beliau cukup aktif ke sama ke sini dengan kerjanya. Walaupun Uyaina kini sarah mengandung, ia bukanlah penghalang buat ibu hamil ini untuk terus komited dalam kerjanya.

Melihat Uyaina ini, kelihatan beliau cukup enjoy membuat kerjanya meskipun jadual kerja yang sangat padat. Syabas buat Uyaina.

Cukup semangat dan tekun dapat kita lihat sendiri pada diri Uyaina. Melihat video dikongsi uyaina baru-baru ini, kelihatan Uyaina aktif bekerja bagi program Wanita Hari Ini di saluran TV3.

Menerusi kapsyen ditulis Uyaina, beliau masih kuat semangat meneruskan kerjayanya dan menunggu masa untuk bersalin tidak lama lagi.

Dalam pada itu, video Uyaina telah menerima 298,000 tontonan dan pelbagai reaksi di ruangan komen. Rata-rata netizen menasihati Uyaina supaya tidak terlalu laju berjalan ketika sarat mengandung dan peka menjaga kandungannya.

Aksi Uyaina berjalan laju dengan kasut bertumit tinggi juga telah menimbulkan kerisauan pada netizen. Hati-hati ye Uyaina.

Tak lama lagi uyaina dan suami nak dapat baby dah. Mesti ramai yang excited nak tengok baby sulung Uyaina

Sumber: Instagram uyainaarshad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!