“Dato telan air liur nak jawab” – Netizen

Seronok bukan kalau dapat teman hidup yang sekepala. Bukan sahaja saat menangis, masa gelak-gelak lagilah dapat bersama. Lazimnya kalau dah lama berumahtangga, makin lama hubungan agak suram dan tak seceria di awal pernikahan. Begitupun pasangan serasi, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia ini tampaknya berjaya membuktikan sebaliknya. Sentiasa menyemarakkan rasa bahagia.

Bagi yang mengikuti perkembangan pasangan ini di medsos pasti perasan akan kedua-duanya yang dilihat sentiasa bersama dan menyokong satu sama lain. Yang Almy pulak biasanya layan sahaja Fizz yang suka berjenaka.

Kita yang melihat ini pun tumpang bahagia dibuatnya. Tengok saj4lah perkongsian Almy di Instagramnya kali ini. Dalam pertanyaan soal hidup dan m4ti, jawapan Fizz tampak sempat lagi menghiburkan isterinya.

Paling ramai isteri dan wanita-wanita yang pastinya suka, sambil bersembang laki bini ni pun, pantas juga tangan Fizz melipat pakaian. Ini kalau isteri nak membebel pun tak jadi. Nampak keikhlasannya di situ.

Pastilah makin sayang dibuatnya. Almy pun nampaknya sejenis isteri yang sangat sederhana. Suami buat apa pun suka sangat dilayannya. Bagus juga sebab semua dilakukan Fizz mencuit hatinya hingga nak ketawa saja…

Sampaikan dalam video ini kedengaran Almy bertanya kalau dia tiada nanti, adakah suaminya itu akan mencari pengganti dan dijawab oleh Fizz seakan mengiyakannya untuk membantu kerja-kerja rumah juga mengundang gelak Almy.

Elokkan kalau semua perkara simple tak dipandang terlalu serius hingga mengundang ketegangan laki bini. Hidup sempoi macam ni saja sudah. Tak perlu pening-pening, layankan saja.

“Happy pil betul la dato n datin ni…dgn kita2 join gelak sekali”, “ DIA LIPAT BAJU TU MACAM REALITI BUKAN BUAT2 suka lah couple ni buat aku gelak je tau”, “Gelak dalam hubungan suami isteri ni akan beri horm0n gembira..suka tengok life Dato Datin..happy sokmo”.

Itu antara komen netizen. Apa pun moga keharmonian dan kebahagian Fizz dan Almy bersama anak-anak tersayang akan berpanjangan hingga ke jannah. Pasti ada pasang surutnya moga mereka berjaya mengharunginya.

Sehingga kini sudah lapan tahun pasangan serasi bersama ini mendirikan rumah tangga. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata yang mana si bongsu dilahirkan hujung tahun lalu.

Sumber : IG Datin Almy Nadia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!