“Reaksi Soraya sama mcm Amirul dlm y0utube” – Netizen

Ain Edruce beberapa bulan lepas telah selamat melahirkan anak sulung beliau sekitar 19 Mei yang lalu. Dan kini anaknya itu sudahpun berusia hampir dua bulan. Ain Edruce juga telah berkongsi wajah anak sulung beliau buat tatapan para peminat beliau di saluran y0utube. Ain dan suami sepakat untuk memberikan nama anak perempuan mereka itu Soraya yang membawa maksud cantik.

Menerusi video itu juga Ain turut berkongsi pengalaman pertama beliau dan suami bergelar ibu bapa dan proses kelahiran bayi mereka di hspital. Menariknya semasa sedang menunggu waktu kelahiran Ain masih sempat memuatnaik video tiktok. Suasana santai beliau dibilik bersalin itu turut meraih perhatian netizen yang merasa kagum dengan sikap tenang Ain.

Melihat wajah terkini anaknya Soraya, ramai netizen yang berpendapat raut wajah terkini anaknya itu semakin seiras dengan suaminya Amirul.

Kelihatan Ain juga semakin gembira dengan status baru dan menikmati kehidupan beliau yang kini bergelar ibu itu.

Memuatnaik video TikTok terkini di Instagram, kali ini Ain berkongsi pula video beliau bersama anaknya Soraya. Video yang dikongsikan oleh Ain itu sebenarnya ingin mempromosikan laman web Lazada yang akan membuat potongan harga mingguan pada 15 Julai sehingga 10 malam.

Hebahan tersebut dikongsikan Ain diinstagram beliau kerana beliau juga bakal turut serta semasa sesi potongan harga tersebut. Bagaimanapun penampilan Soraya yang kini berusia hampir 2 bulan mencuri perhatian netizen dan para pengikut akaun Instagram beliau kerana tertarik hati melihat reaksi wajah Soraya seperti daddynya Amirul di dalam saluran Y0uTube mereka.

Wajah Soraya yang kelihatan redha serta pasrah terpaksa melayankan kerenah ibunya itu tidak ubah seperti reaksi wajah Amirul ketika diminta oleh Ain untuk turut serta muncul di dalam saluran Y0uTvbe beliau.

Sebelum ini Ain juga merancang untuk menampilkan anak mereka di dalam saluran Y0uTube beliau atas permintaan para peminat mereka namun sempat di usik oleh Amirul supaya Ain memberikan sedikit bayaran kepada anak mereka sekiranya mahu bayi mereka itu menyerikan lagi saluran berkenaan.

Sementara itu, rata-rata netizen selain mengusik reaksi wajah Soraya yang saling tak tumpah seperti reaksi yang Amirul tunjukkan, mereka juga turut memuji wajah comel Soraya yang kini sudah berusia 2 bulan. Mengantuk nampaknya Soraya melayani kerenah ibunya itu. Berikut beberapa komen lain yang ditinggalkan netizen.

Walaupun sudah bergelar ibu namun sikap ting tong dan masuk air Ain masih sama seperti dahulu. Tidak kering gusi jika menonton gelagat dan kerenah beliau bersama suaminya dan mungkin selepas ini bersama Soraya pula.

Sebagai pasangan yang baru bergelar ibu bapa perlu lebih banyak ilmu keibubapaan yang perlu dipelajari. Mudah-mudahan urusan keluarga Ain sentiasa dipermudahkan.

Sumber : ig ain edruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!