“Tu seluar abg Akim ke, nampak besar sikit” – Netizen

Siapa yang tak mengenali bekas juara Akademi Fantasia Musim ke-6, Stracie Angie Anam atau nama popular beliau, Stacy? Mustahil jika para pembaca sekalian tidak mengenali penyanyi serta penari popular yang digelar sebagai ‘Ratu Pop’ ini. Beliau juga dikenali sebagai Malaysia’s Dancing Queen disebabkan oleh tariannya yang cukup mempesonakan. Jika diingat kembali persembahan Stacy di AF6, semua lagu yang dibawanya pasti diiringi dengan tarian yang lincah dan bertenaga. Anda pasti tidak akan bosan menonton persembahan Stacy. Tidak hairanlah dengan gelaran juara yang dirangkul oleh wanita hebat ini.

Stacy yang merupakan isteri kepada Akim, juga penyanyi terkenal tanah air kelahiran negeri Johor, mempunyai dua puteri cilik yang sudah mencecah usia 8 dan 4 tahun.

Anak pertama mereka yang juga merupakan anak angkat Stacy, bernama Bella De Luna Valentina, 8 dan anak kedua hasil perkahwinan Stacy dengan Akim bernama Eshaal Afiq Hakim, 4.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai video Stacy yang berdurasi selama 27 saat. Dalam video yang singkat itu, Stacy kelihatannya sedang menari sebagai senaman mengeluarkan peluh sepanjang musim PKP ini bersama-sama dengan 3 orang lagi rakannya.

Tarian mereka berlatarkan lagu Lalisa yang dinyanyikan oleh Lisa, salah seorang ahli dalam kumpulan Blackpink yang sedang viral sekarang. Video pendek ini telah mendapat 173,960 tontonan dan 186 komen daripada para peminat Stacy yang tidak sabar-sabar lagi ingin melihat Stacy kembali beraksi di atas pentas.

Pergerakan Stacy yang cukup lincah dan energetik mengikuti rentak irama lagu latar tersebut telah berjaya memikat ribuan hati para warganet.

Ada netizen yang tidak berpuas hati dan meminta agar Stacy menyediakan video penuh tarian tersebut kerana begitu teruja dan rindu dengan persembahan pentas Stacy dan ada juga netizen yang perasan seluar yang dipakai stacy besar, mungkin pinjam seluar suaminya, Akim.

Kebanyakan netizen menyukai gaya tarian Stacy ini dan memberikan kata-kata semangat agar Stacy meneruskan kerjaya tariannya.

Namun yang mencuit hati para netizen adalah caption yang ditulis oleh Stacy sendiri melalui postingannya ini. Katanya, dia sendiri merasa malu menari bila tiada penonton di hadapannya.

Nampak gayanya, penyanyi pop ini sudah rindu untuk menari di atas pentas dengan ribuan mata menonton kehebatannya ber’groove’. Katanya lagi, seluar besar yang dipakainya itu kelihatannya agak renek.

Alahai Stacy, ayat menghiburkan awak ini tidak pernah menghampakan semua peminat awak. Memang wajarlah Stacy dipilih sebagai duta Maggi. Tak kering gusi penonton dibuatnya.

Dah nampak macam Lalisa apabila Stacy menari lagu Lisa ni kan? Harap-harap Stacy kembali aktif dalam bidang tarian apabila musim cvd ni sudah berlalu. Tak sabar rasanya nak tunggu saat tu. Semoga success dalam apa juga bidang yang diceburi ya Stacy.

Sumber: Instagram Stacy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!