“Mama kena beranak lain la bg dapat geng sorang lagi” – Netizen

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak artis wanita tanah air yang masing-masing baru sahaja berjaya melahirkan cahaya mata dalam keluarga mereka. Baru beberapa hari yang lepas, penyanyi dan pelakon terkenal Ayda Jebat telah selamat melahirkan bayi perempuan yang mana Ayda menggelarkannya sebagai ‘baby wuvv’. Dan baru-baru ini, pada 21 September 2021 jam 9.06 pagi, Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 36, juga telah selamat melahirkan seorang lagi putera dalam keluarga kecilnya.

Ketiga-tiga anak Izreen adalah lelaki yang mana anak pertamanya merupakan hasil daripada perkahwinan pertamanya manakala anak kedua dan ketiganya pula merupakan kurnia daripada perkahwinan dengan suaminya yang kini, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Ude.

Izreen yang bekerjaya sebagai pelakon dan model, kini sedang berada dalam proses berpantang setelah melahirkan bayi lelakinya secara pembdahan. Syukur kedua-dua Izreen dan bayi berada dalam keadaan yang sihat.

Malah, Izreen kelihatannya bertambah ‘gl0wing’ seperti yang diutarakan oleh sebilangan warganet. Jadi, jika ingin memiliki kuulit yang ‘gl0wing’ dan cantik seperti Izreen, maka cepat-cepatlah berumahtangga. Kahkahkah.

Geram je rasanya melihat putera ketiga Izreen ni. Putera kecil yang dilahirkan di Prince Court Mediical Centre ini mempunyai berat 2.87 kilogram. Mesti lembut je kuulit baby manis ni kan. Pipi dan bibir pun masih kemerah-merahan.

Nampak gayanya, si kecil ini pasti akan menjadi pemuda yg kacak apabila sudah besar nanti. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Sudah pasti si comel ini akan mewarisi ketampanan serta kecantikan kedua ibubapanya.

Rata-rata netizen terpesona dengan kecomelan bayi lelaki Izreen ni. Tidak kurang banyaknya juga netizen yang mendoakan kesihatan Izreen dan baby agar sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Kebanyakan warganet, termasuk pelakon Janna Nick yang sentiasa viral disebabkan oleh kecantikannya dan penyanyi terkenal kelahiran Kuala Lumpur Diana Rafar juga turut memberikan ucapan tahniah kepada Izreen dan pasangan kerana telah selamat melahirkan seorang lagi putera kacak.

Jom lihat sebahagian komen-komen para netizen dalam ruangan postingan Instagram Izreen di bawah.

Apa pendapat para pembaca sekalian mengenai kecomelan putera ketiga Izreen ni? Macam nak cubit-cubit je pipi pau si baby yg gebu gebas tu kan. Kahkahkah.

Semoga baby comel ni sentiasa berada dalam keadaan yang sihat ye sayang. Nanti bila dah besar, jaangan lupa ciium pipi ibu dan ayah tau.

Sumber: Instagram Izreen Azminda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!