“Ramai tengok video ni, Kak Zara Zya dapat sikit sahamnya”- Netizen

Ramai golongan selebriti sudah mula aktif mencari pendapatan sampingan dengan membuat review produk. Lebih-lebih lagi apabila musim perintah kawalan pergerakan pkp yang sedang berjalan di negara kita, ramai selebriti masih tidak dapat bekerja. Malah review produk daripada selebriti popular antara salah satu cara yang paling pantas oleh ramai usahawan untuk menaikkan sesuatu jenama.

Dan salah satu selebriti yang sering review produk iaitu pelakon Zara Zya. Jika lihat pada Instagramnya, banyak produk yang beliau telah ambil untuk tujuan review.

Namun, salah satu posting review yang dimuatnaik Zara telah membuatkan ramai netizen mula tidak mengikuti akaun instagramnya.

Tindakan Zara memuatnaik video review produk yang berkaitan produk membesarkan bahagian daada wanita menerima teguran daripada netizen.  Bagi yang nak menonton video boleh visit instagram Zara Zya.

Ruangan komen pada posting berkenaan penuh dengan teguran netizen dan ramai bercadang agar Zara tidak lagi mengambil review produk yang sebegitu. Posting itu juga telah ditonton sehingga 255,000 tontonan.

Sementara itu, perkembangan Zara dilihat lebih aktif melakukan amal kebajikan ketika PKP.

Mungkin Zara Zya boleh ambil pengajaran dari teguran netizen. Ada betul juga kata-kata netizen ni kan..

Sumber: Instagram zarazya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!