“Ala sweetnya, bersemut” – Netizen

Pejam celik pejam celik rupanya dah setahun usia perkahwinan pasangan selebriti sama cantik, sama padan, penyanyi pop hip hop, Zizi Kirana dan pelakon terkenal, Yusuf Bahrin. Apa yang menarik perhatian netizen, tampaknya sisi romantis mereka berdua masih tersertlah. Lihat saj4lah hantaran Yusuf di Instagram memperlihatkan dirinya bersama isteri tersayang. Memang bersemut habis…

Dengan kedua-duanya berpakaian sedondon berwarna hitam dan mengenakan cermin mata gelap, awalnya Zizi manja menyandarkan dagunya di bahu Yusuf sambil lelaki itu mengusap lembut kepala isteri tersayangnya.

Sempat bergurau, Zizi pula memelvk suami dikasihi sebelum mereka tertawa ria. Zizi kemudian menyandarkan badan di dada Yusuf. Pasti mereka masih bujang yang melihat, ajak kawan-kawan ‘balik awal’.

Apa pun seperti di awal perkahwinan mereka hingga sekarang, baik Zizi mahupun Yusuf masing-masing tidak lokek untuk belanja netizen dengan foto dan video r0mantis mereka bersama di medsos.

Yang pasti memang ramai mendoakan kebahagian pasangan ini berkekalan hingga ke syurga dan tumpang gembira melihat mereka berdua melayari bahtera perkahwinan. Seperti kata Yusuf dalam hantarannya ini.

Dalam kapsyennya sambil mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buatnya dan Zizi, Yusuf meluahkan rasa syukur dengan nikmat daripadaNya kepada mereka berdua serta berdoa sentiasa dalam lindungan Rahmat Allah SWT.

“More to come in syaa Allah”, tulis Yusuf di akhir coretannya. Apakah ada berita gembira ingin dikongsikan pasangan masih belum dikurniakan cahaya mata ini gamaknya? Doakan saj4lah…

“Alhamdulillah… semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan di permudahkan segalanya…”, “Cuba kalau bkn artis yg share moment bahagia mcm ni sure kena k3cam”, “Cepat nya rasa masa berlalu. Semoga jodoh hingga ke jannah”, Itu antara komen netizen.

Zizi popular dengan lagu bertajuk ‘Eh’, merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 2009. Dia juga pernah menyertai rancangan televisyen realiti Indonesia, D’Academy Asia musim kedua di mana Zizi mewakili Malaysia.

Yusuf pula memulakan kerjaya seni lakonannya selepas memegang watak pembantu dalam beberapa drama. Namun dia paling dikenali menerusi watak sebagai Dr Amar dalam drama Sweet Dreams. Yusof dan Zizi mendirikan rumah tangga pada  19 September 2021.

Sumber : IG Yusof Bahrin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!