“Mummy, tgh sedih ke ni” – Jebat Jayden

Makin lama makin ramai pulak peminat si kecil ini. Masakan tidak, selain petah berkata-kata, keletahnya memang menghiburkan dan menyejukkan mata yang melihat. Mesti sejuk perut ibu mengandung. Tengok saj4lah Jebat Jayden ini, pandai sungguh mengambil hati ibunya yang juga kakak kepada selebriti dan usahawan tersohor, Neelofa ni dengan gelagatnya.

Hiburkan hati mummynya dengan siap nyanyikan lagu dan nak masakkan sekali tu… Bayangkanlah budak baru nak masuk umur lima tahun, pandai macam ni… G3ram tengok Jebat, dah lah comel.

Ada juga yang suka dengan ketrampilan Jebat, biarpun sekecil itu, bijak dia berbudi bahasa. Pendek kata, bagus jugalah didikan ibu dan bapanya, walaupun keduanya sudah berpisah sejak 9 Julai 2020.

Ya… walaupun rumah tangga aktor, Shaarnaz Ahmad dan Noor Nabila yang dibina pada 31 Mac 2017 hanya bertahan sesingkat itu, mereka berjaya membuktikan perpisahan tak semestinya hingga anak menjadi ‘m4ngsa’.

Apa tidaknya, lazimnya yang ditemui dalam masyarakat, bila ibu bapa berpisah, anak-anak ramai yang terbiar dan terkontang-kanting membawa diri dan belajar berdikari tanpa perhatian. Tapi syukur, setakat ini tak pada Jebat.

“Bagus betul budi bahasa Jebat. Hebat didikan mummy daddy dia”, “Sah baba dia yg ajar nyanyi ni”, “Mesti baba kat depan jadi director kan”, “Anak yg berbudi bahasa”, “in love betul la dgn Jebat Jayden ni.”

“Hahahaha anak pelakon sungguh”, “Abam Jebat ni mmg anak soleh la”, “So adorable Jebat”, “Aduhhh cair hati dengar dia nyanyi…”, “Tecik2 pndai pujuk mami anak soleh”, “Ada bakat mcm baba dia”. Itu antara coret netizen.

Sesuailah Jebat jadi ‘duta’ produk kambing ni ya… bijak betul dia. Memang ada benarlah juga kata netizen satu hari nanti tak mustahil Jebat pun boleh mengikut jejak langkah bapanya menjadi seorang aktor.

Sebelum ini, selain bersama Nabilla, jebat juga biasa ‘terselit’ bersama Shaarnaz untuk mempromosikan produk sama. Sekali pun Jebat ‘diajar’ untuk berdialog demikian, bukan semua budak seusianya mampu.

Mesti ramai tertunggu-tunggu bakat dikongsikan sepupunya, Bilal iaitu anak Neelofa dan PU Haris pulak lepas ni… Mesti comel dan bijak macam Jebat jugak kan… Tungguuu…

Sumber : IG Noor Nabila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!