“Dia bawak selimut hotel kaa” – Netizen

Siapa yang tak kenal dengan wanita ini… Penampilan dirinya memang sentiasa rapi. Tak hairanlah acap kali menjadi model untuk busana sendiri, selain produk syarikat lain, pemakaian Rozita Che Wan atau lebih manja dipanggil Che Ta sentiasa elok terletak. Jarang atau tak pernah langsunglah Che Ta ‘selebet’ tak menentu apabila berkongsi foto dirinya ber’OOTD di medsos.

Lihat saj4alah perkongsian Che Ta seperti dalam hantaran di Instagramnya kali ini. Bergaya sungguh dia dengan kasut but tinggi sampai paras lutut dan berjaket tebal. Sudah semestinya cuaca sejuk tu…

Tak ketinggalan aksesori disarung Che Ta seperti topi dengan berkaca mata hitam berbingkai putih, berselendang putih menutupi bahagian lehernya, selain beg besar tampak seakan berbulu berwarna hitam.

Ada yang memberikan pelbagai komen dengan penampilannya itu. Ramai yang memuji, tak kurang yang merasakan pakaian sebegitu adalah pakaian biasa saja penduduk lokasi dikunjunginya itu iaitu di Vienna, Austria.

Bahkan ada pula yang melihat sebaliknya kerana merasakan apa disarung isteri kepada aktor, Zain Saidin itu pada tubuhnya itu didakwa terlalu berserabut dan sarat dengan pelbagai ‘benda’.

“Org Msia pergi overseas bergaya cat walk dgn pakaian harian org sana”, “Asal ke luar negara je msti tudung mcm x ckup kain la retis2 ni ponnnn”, “Orang local sana pun x over tara tu”, “Mangs4 fesyen semua benda nak letak dekat badan”.

“Netizen yg dok komen caca marba nie,biaq p kt dia la nak pakai nak begaya mcm mana pon,bukan kacau duit hampa pon”, “che ta tak pernah tak all out kalau ootd”, “Berserabai”, “Nak buang sampah ke . Apesal bawak plastik smpah”.

Itu antara komen netizen. Yang hairan tu, ramai pulak netizen yang pelik, apa dibawa Che Ta dalam beg hitam besar yang dijinjitnya tu… Gamaknya sian Che Ta nampak ‘sarat’ dengan pakaian Dan aksesorinya.

Terpaksa pula bawak beg yang tampak berat tersebut. Apa pun ada benarnya kata sebahagian netizen yang lain, Che Ta bergaya lagu mana dan bawak lagguge banyak mana pun, tak mintak duit sesiapa pun kan… Tengok sudah..

Terdahulu dalam postingnya sebelum ini, Che Ta berkongsi yang dirinya bercuti bersama dua beradiknya iaitu pelakon, Ayu Raudhah dan Datin Rohaiza. Girls trip gitteww. Apa pun happy holiday Che Ta…

Sumber : IG Che Ta

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!