“Yes lawa, but leher tu nampak, so coverla”- Netizen

Ramai betul prihatin dengan ketrampilan pelakon cantik manis sudah berhijab sejak hujung tahun 2020 yang lalu. Segala tindakan dan imejnya sejak mengambil keputusan bertudung sentiasa mendapat perhatian netizen. Buktinya, lihat saja jika dirinya membuat hantaran di medsos, pasti beribu-riban views, manakala komen ‘love’ dan memujinya berkoyan-koyan. Bertuahnya orang cantik, ramai yang sayang. Siapa yang tak kenal akan empunya diri yang bernama Hannah Delisha ini.

Menjengah ke hantaran terbaharu Hannah, ramai nampaknya yang suka dengan ketrampilan beliau yang nampak comel dan polos. Begitupun, tak kurang juga yang menegur cara pelakon, penyanyi, model dan pengacara dari Singapura itu berhijab.

Gayanya dengan bertudung ikat belakang di samping berbaju ‘turtle neck’ didakwa netizen di ruangan komen hantarannya itu bahawa tidak mengikut syariat berhijab yang sepatutnya. Dah pasti ramai yang sayang akannya, tu yang menegur dirinya itu.

Ya, sebagai umat Islam umum maklum cara berhijab bagi seorang wanita, selain menutup rambut, bahagian bawah dagu, leher hingga menutupi dada juga adalah yang sepatutnya. Begitupun, cara Hannah yang menampakkan sebahagian kecil lehernya membangkitkan teguran netizen.

“Yes lawa but leher tu nampak so c0verla”, “Kak Hannah nampak aurat”, “Akk leher tu aurat slow ii tau tutup aurat”, “Jgn buka tudung pls”, “Cover your aurat sis”,”Dah mcm cikgu Murni”, Tak baik, tutup aurat lagi bagus, leher tu aurat juga”, itu antara komen netizen.

Bagaimanapun, ramai juga yang memberikan teguran kepadanya dengan cara berhemah dan menasihati. Ramai menyifatkan Hannah yang meraih kejayaan komersial di Malaysia menerusi gandingannya bersama Syafiq Kyle dalam drama adaptasi novel Mencintaimu Mr Photographer ini masih baru belajar berhijab.

Gamaknya terkejut ada tak pernah melihat Hannah berhijab begitu, tak kurang juga yang menasihatinya agar istiqomah berhijab seperti sebelum ini, malah ada yang menyarankan agar padamkan saja foto menampakkan aurat lehernya itu.

Hannah mula memakai tudung dan berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial Instagram miliknya pada tahun 2020. Untuk info, pada Januari 2021, dia memadamkan hampir 800 gambarnya yang berimej s3ksi di laman Instagramnya.

Pada tahun 2020, Hannah berlakon bersama Nelydia Senrose dan Saharul Ridzwan dalam drama Cinta Sekali Lagi yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Rupanya itu menjadi drama terakhir lakonannya sebelum mengenakan hijab.

Hannah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Imam Shah juga dari negara kelahirannya pada 18 Februari 2021 setelah lima tahun mereka menjalin hubungan bersama. Apa pun didoakan moga Hannah dan semua Musl1mah di luar sana istiqomah dalam berhijab mengikut syariat. Pasti lebih ramai yang akan sayang…

Sumber : IG Hannah Delisha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!