“Terima kasih Sri Pentas dan segenap isinya” – Ally Iskandar

Men1nggalkan tempat kita pernah ‘cari makan’ memang menimbulkan rasa agak menyebakkan apatah lagi jika pernah berkhidmat sekian lama. Tentu banyak kenangan pahit manis sepanjang berkhidmat, bukan saja terkesan pada diri, tapi jua pada orang di sekeliling terutama yang pernah berkerja dengan kita. Itu semestinya yang dirasakan personaliti TV, Ally Iskandar dan rakan sekerjanya kini.

Baharu beberapa jam lalu, Ally memuat naik hantaran di Instagramnya dengan mencoretkan ucapan terima kasih kepada syarikat penyiaran, Sri Pentas dan segenap isinya selain meletakkan tahun ‘1999-2023’.

Selama 24 tahun itu sudah tentu tempoh Ally berkhidmat di situ. Lebih mengesahkan dirinya kini bukan lagi kakitangan Sri Pentas apabila rakan sekerja, turut mengucapkan ‘selamat’ buatnya.

Antaranya, rakan personaliti TV, Fiza Sabjahan yang mengucapkan ‘All the best’ buat Ally yang digelarnya ‘Abg Long’ dan berterima kasih atas segalanya. Tak kurang netizen yang ‘terasa’ dengan kepvtusan diambil Ally itu.

“Pergi mana ya, saya sefamily minat kat Abang Ally nie”, “Me growing up watching you on MHI. Tak sangka dah 24years. Meaning I pun dah tuaaa”, “The best pengacara dia ni..”, “Finally Fly High… Thank you Mentor & Mahaguru atas budi & jasa”.

“Good luck for your new career abang Ally…”, “Ke mana Ally Is? May Allah protect and bless you anywhere you go”, “Lama nya bertugas d tv3..Semoga ada rezeki d tempat yg d ingin ni.”, “IDOLA,dari saya darjah 4 and until now you deserved to be a legend..Sayonara..”.

Itu antara komen netizen. Ramai juga yang tertanya-tanya ke mana agaknya Ally akan mengembangkan sayapnya selepas ini. Yang tentu, pastinya ke suatu tempat yang lebih baik daripada sebelum ini kan…

Maklumlah orang lejen… Tak kurang yang mendoakan agar personaliti sinonim dengan rancangan MHI bersama rakan pengacara, Ahmad Fedtri Yahaya itu akan lebih sukses di tempat baharu.

Berasal dari Kuala Terengganu, Ally merupakan memegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.

Pernah mendirikan rumah tangga dengan blogger, Nurfarahin Romli atau Farah Lee pada 20 Januari 2012, mereka berpisah pada 17 Ogos 2016 terdahulu dikurniakan seorang anak bernama Maream Esabel.

Sumber : IG Ally Iskandar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!