“Aku lah yang cat rumah tu guys” – Aeril Zafrel

Siapa saja yang tak bercita-cita membahagiakan ibu bapa. Pengorbanan besar ibu bapa membesarkan anak-anak memang tidak dapat dibalas dengan apa cara sekali pun. Ketika masih ada peluang berbakti dan membahagiakan ibu bapa, waktu tersebut haruslah digunakan dengan sebaik mungkin agar kita tidak menyesal di kemudian hari kerana tidak dapat membalas jasa kedua ibu bapa.

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kini memang sudah terkenal dengan kejayaan mereka dalam bidang perniagaan kosmetik. Walaupun kini kehidupan mereka sudah senang-lenang, namun kejayaan itu tidak hanya disimpan sendiri namun dikongsi juga bersama keluarga tersayang.

Aeril dan Wawa kini memang sudah jarang dilihat membintangi mana-mana filem atau drama sebagai pelakon. Mereka berdua kini dilihat lebih fokus mengembangkan lagi perniagaan mereka yang bernama Wawa Cosmetics ini. Malah, ada ratusan pekerja yang harus dijaga oleh pasangan ini telah membuat mereka kini lebih komited dalam perniagaan.

Perkongsian video dari Wawa Zainal di Instagramnya ini telah membuat ramai yang menj4tuhkan air mata dek kerana sebak dan terharu dengan usaha mulia kedua pasangan ini. Wawa akhirnya berjaya memujuk kedua ibu bapanya yang selama ini tinggal di Sabah untuk pindah ke Semenanjung Malaysia.

Dengan kesanggupan untuk berpindah itu, Wawa telah menghadiahkan kedua ibu bapanya itu sebuah rumah yang cukup cantik sehingga telah berjaya membuat hati ibu dan ayahnya itu terharu dan  mengalirkan air mata bahagia.

Rumah yang dibeli oleh Wawa itu telah mendapat pengubahsuaian dari pereka dalaman yang sangat hebat sentuhannya sehingga berjaya mengubah rumah itu sehingga 360 darjah kecantikannya daripada sebelum.

Peminat dan netizen sangat terharu melihat video yang dikongsi oleh Wawa ini lebih-lebih lagi ketika mendengar bacaan doa dari ayah Wawa sendiri.

Dia mendoakan agar anaknya itu lebih berjaya dan murah rezeki sambil menahan tangisan ketika membaca doa itu telah membuat ramai yang telah sebak.

Memang sedih tengok reaksi dan air mata kegembiraan kedua-dua ibu bapa Wawa. Video ini telah memberi inspirasi kepada ramai org di luar sana untuk turut membahagiakan ibu bapa selagi mereka masih ada di dunia.

Sember: Instagram Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!