“Lawak dia memang level galaxy bulan bintang”- Netizen

Periang dan lucu. Begitulah personaliti salah seorang influencer Korea-Malaysia, Maryam Younarae yang ramai gambarkan setelah mengenali beliau di laman sosial media. Maryam cukup dikenali sejak video gandingannya bersama suami tercinta, Ryzal yang berasal daripada Malaysia. Kisah cinta dua negara ini telah mendapat perhatian hebat menerusi video mereka yang viral di sosial media.

Setelah berkahwin, mereka masih maintain dengan populariti masing-masing dan siapa sangka cahaya mata perempuan mereka juga turut sama popular seperti ibu bapanya.

Walaupun Maryam sudah bergelar ibu, perangai ‘gila-gila’ beliau masih sama seperti dulu. Memang kelakar habis dibuatnya hehe..

Baru-baru ini, banyak video lucu Maryam yang mendapat reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Maryam yang kini fasih berbahasa melayu.

Apabila video Maryam sedang bercakap dalam Bahasa Melayu, ramai netizen kagum dengan usaha beliau dan suka mendengar Maryam berbahasa Melayu.

Terbaru video daripada Maryam, jelas kelihatan Maryam manis bertudung serba putih dan videonya itu melucukan.

Netizen memenuhi ruangan komen selepas melihat gelagat Maryam itu. Ada sahaja gelagat beliau yang mencuit hati kita semua tatkala melihatnya.

Malah ramai menyukai penampilan terkini Maryam yang cantik menutup auratnya. Memang tak dinafikan, cantik dan ayu melihat Maryam.

Sementara itu, video Maryam telah menerima 390,000 tontonan sejak dimuatnaik baru-baru ini di laman Instagram.

Sukanya tengok Maryam pakai tudung sekarang, nampak jelas manis Maryam bila bertudung litup. Semoga Maryam istiqamah dengan niat baiknya.

Sumber: Instagram maryamyunrr

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!