“Kaakak, kakak”, gelagat comel Jebat Jayden bermanja dgn Aleesya cuuri perhatian netizen

Sekitar bulan Mac yang lalu, spekulasi mengenai hubungan Noor Nabila dan Engku Emran mengeejutkan ramai peminat. Tiada kenyataan yang diberikan daripada kedua-dua pihak bagaimanapun tidak lama kemudian mereka berdua akhirnya disatukan dalam sebuah majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga masing-masing. Nabila dan Engku Emran di khabarkan mula berkenalan ketika kedua-duanya aktif menjalankan aktiviti berbasikal.

Pasangan tersebut kedua-duanya bernikah buat kali ketiga dan para peminat mendoakan agar hubungan yang baru dibina itu akan berkekalan memandangkan masing-masing sebelum ini telah mempunyai pengalaman berumahtangga sebanyak dua kali.

Hasil pernikahan Engku Emran bersama Erra Fazira sebelum ini beliau dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya manakala Noor Nabila pula dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden hasil pernikahan beliau bersama pelakon Sharnaaz Ahmad.

Di samping menjadi anak tiri kepada Nabila, Aleesya juga turut menerima seorang adik lelaki yang comel iaitu Jebat Jayden.

Sebagai seorang anak tunggal sebelum ini pastinya Aleesya teruja menerima kehadiran Jebat Jayden dalam keluarganya.

Menerusi perkongsian di instagram story Noor Nabila, beliau berkongsi gelagat Jebat yang inginkan “gummy bear”. Kanak-kanak itu meminta ibunya supaya memberikan makanan kegemarannya yang berada dalam peti ais. Turut di paparkan kehadiran Aleesya yang berada bersama mereka ketika itu.

Demi memujuk Jebat, Aleesya memasang lagu “Gummy Bear” untuk mengalihkan perhatian adiknya itu. Apabila mendengar lagu “gummy bear” Jebat terus berlari kearah Aleesya sambil memanggil kakaknya.

Gelagat Jebat yang sangat manja dengan Aleesya turut menarik perhatian. Dalam tempoh yang singkat hubungan mereka berdua menjadi sangat rapat, pandai betul Aleesya mengambil hati Jebat.

Suka betul tengok hubungan adik beradik antara Engku Aleesya dan Jebat Jayden. Walaupun baru sahaja menjadi adik beradik tetapi hubungan mereka berdua sangat rapat.

Walaupun baru berusia 12 tahun, Aleesya sangat pandai berdikari dan mengambil hati adiknya Jebat. Tahniah buat Erra Fazira dan Engku Emran yg berjaya mendidik Aleesya dengan sangat baik.

Sumber : ig noor nabila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenaka

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!