“Bukan dia tak0t, lagi dia buat bunyi nak tak0t kan nenek dia” – Netizen

Nenek dan atuk mana yang tak gembira jika dapat menimang cucu. Nak pula jika ia merupakan cucu pertama di dalam keluarga. Sudah pastilah keterujaan dalam diri mereka ini sangat luar biasa. Yang pastinya, kalau cucu pertama ni minta apa sahaja bila sudah besar nanti pasti akan ditunaikan oleh nenek dan atuk. Sebab itu kadang-kala ada cucu yang begitu rapat sekali dengan atuk dan nenek mereka.

Sama seperti orang lain, keterujaan Sheila Rusly dan suami iaitu Jinggo yang telah menimang cucu pertama mereka ini berasa sangat teruja. Setiap hari pasti ada sahaja posting terbaru yang memaparkan wajah cucu mereka itu di Instagram milik mereka.

Walau keduanya sangat sibuk bekerja sebagai pengarah dan penerbit kepada syarikat milik sendiri yang bernama Js Pictures ini, namun mereka pasti membahagikan masa agar dapat bersama dan menjaga cucu kesayangan mereka itu.

Bunga El Haq merupakan nama istimewa yang telah diberikan kepada si comel ini yang merupakan puteri kepada anak sulung dari pasangan Sheila Rusly dan Jinggo iaitu Uzair Haqimy dan pasangan iaitu pelakon terkenal Elisya Sandha.

Umur Bunga El Haq yang kini sudah menginjak tujuh bulan telah memaparkan telatah barunya yang telah mendapat perhatian ramai.

Usaha Sheila Rusly untuk cuba menakutkannya agar Bunga mahu menghabiskan makanannya itu ternyata tidak berjaya.

Dengan selamba Bunga telah mengajuk suara yang dibuat oleh Sheila Rusly itu yang dapat didengar seperti suara harimau bak kata netizen.

Walau umur masih tujuh bulan, kecerdasannya itu telah membuat ramai yang geram dan bingung dengan adanya bayi secerdik itu.

Peminat masing-masing memuji kepintaran yang ditunjukkan oleh Bunga El Haq dalam video tersebut. Senyuman dan ketawa yang dipamerkan juga telah berjaya membuat ramai yang meleleh dan terpana dengan wajah comel anak kecil dari pasangan Uzair dan Elisya Sandha ini.

Baru umur tujuh bulan dah pandai Bunga mengajuk Nana ya. Kejap lagi masuk setahun mesti dah pandai kacau Nana buat kerja pula. Tak sabar nak tengok Bunga membesar dan lihat lebih banyak gelagat comel darinya.

Sumber: Instagram Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!